KLANG – [DIKEMASKINI] Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberikan cuti kecemasan kepada kakitangan-kakitangan awam yang terjejas akibat banjir bermula Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cuti kecemasan tersebut turut diberikan kepada penjawat awam negeri dan menyarankan supaya majikan syarikat berbuat demikian untuk membantu pekerja yang terkesan akibat insiden tersebut.
Menurutnya, ketua jabatan atau majikan boleh berunding dengan pekerja terbabit berkenaan tempoh cuti kecemasan yang akan diberikan.
Tambahnya, beliau turut berharap Menteri-menteri Besar di negeri lain yang terjejas akibat banjir juga memberikan cuti kecemasan kepada semua penjawat awam seperti yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan.
“Majikan syarikat swasta yang ingin memberikan cuti kepada pekerja perlu mengikuti dua syarat ini, iaitu cuti tersebut tidak boleh ditolak daripada jumlah cuti tahunan dan tidak boleh melakukan potongan gaji.
“Saya harap bila mereka balik rumah untuk selesaikan cuci rumah, bolehlah bekerja semula,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat khas di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, majikan tidak berhak untuk memaksa pekerja hadir bertugas sekiranya mereka terkesan dengan bencana banjir dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Ujarnya, tidak adil untuk mereka datang bekerja ke pejabat apabila mereka terpaksa berpindah ke PPS sehelai sepinggang dan mungkin ada anak kecil di pusat tersebut.
“Saya minta industri di Selangor, sekiranya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk memaklumkan kepada mereka untuk beri cuti kerana kalau pekerja duduk di PPS sehelai sepinggang, nak pergi kerja macam mana? Anak kecil pun mungkin ada di situ jadi tak adil.
Antara perabot dan perkakas rumah rosak selepas ditenggelami air akibat dilanda banjir ekoran hujan lebat yang berterusan ketika tinjauan di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam hari ini. – Foto Bernama
Banjir: Bantuan RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas
“Dari segi keadilan, saya minta majikan swasta beri cuti tanpa memotong cuti tahunan dan gaji.
“Bagaimanapun, saya akan berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan Murugan supaya pihaknya berbincang dengan dengan para majikan,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas akibat bencana banjir.
Ujarnya, pemberian Bantuan Wang Ehsan 2021 yang diumumkan pada September lalu juga dipercepatkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat.
“Seperti yang sedia maklum, kerajaan pada September lalu telah meningkatkan kadar Bantuan Wang Ehsan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah.
“Kita akan mempercepatkan bayaran bantuan tersebut pada kawasan banjir seperti Selangor dan enam negeri yang lain.
“Itu antara bantuan yang kita akan berikan dengan segera untuk mengurangkan bebanan kepada mangsa-mangsa banjir ini,” katanya.
Turut hadir ketika mesyuarat khas di sini ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, dan Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Masalah di PPS Selangor dianggap selesai – PM
Klang: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu berhubung makanan tidak mencukupi dan mangsa banjir yang terperangkap serta belum dipindahkan ke pusat perpindahan sementara (PPS) yang timbul sejak semalam dianggap selesai.
Ismail Sabri berkata, perkara itu antara beberapa yang dibangkitkan dalam mesyuarat khas dan persediaan segera selepas meninjau mangsa banjir di dua PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong dan SK Johan Setia, dekat sini pagi hari ini.
“Ada beberapa isu yang dibangkitkan tadi iaitu yang kami bincangkan dari segi mereka yang terperangkap di rumah dilaporkan sudah selesai.
“Cuma mereka yang terperangkap di dalam kereta atau di tempat lain selain rumah, tindakan sedang dilaksanakan untuk memindahkan mereka,” katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, isu berkaitan ketiadaan makanan juga dianggap selesai iaitu untuk makan malam hari ini dan sarapan pagi esok akan disediakan kerajaan negeri.
“Sementara, mulai esok makan tengah hari serta seterusnya akan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Jadi dari segi makanan, kami kira selesai. Ini perkara besar,” katanya.
Ismail Sabri berkata, dari segi tempat tidur kerajaan sudah mendapatkan komitmen daripada JKM untuk menyediakan tempat tinggal kubikel selesa yang disertakan selimut dan tilam kepada mangsa banjir di PPS.
“Begitu juga dengan keperluan lain, (di PPS) tandas hanya menggunakan tandas sekolah. Jadi memang tidak mencukupi dan kami bersetuju untuk sedia tandas mudah alih.
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk mencuci kawasan itu sebab kalau ramai dan hujan pula, kotorlah jadi kita nak jaga kebersihan.
“Longkang juga kami sudah minta supaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera untuk mencuci longkang yang menyebabkan air tersumbat,” katanya.
Ismail Sabri memaklumkan berdasarkan makluman yang diperoleh daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), jumlah hujan turun di Selangor semalam menyamai jumlah hujan selama sebulan.
“(Hujan luar biasa) berlaku tiba-tiba, maka berlakulah kekalutan. Tidak ada persediaan, perpindahan rumah dan sebagainya. Tidak sangka air akan naik begitu cepat,” katanya.
Ismail Sabri berkata, setakat hari ini bilangan mangsa di Selangor meningkat daripada lebih 6,000 semalam kepada lebih 15,000 di 108 PPS membabitkan lapan daerah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: http://trendingsangat.pw/
Leave a Reply