“Minta Tolong Cakap Elok-Elok Puan,” – TegVran Siti Nordiana Untuk Peguam Semasa Perbic4raannya

TINDAKAN Siti Nordiana mengadakan sidang media bersama wartawan bagi menjawab dakwaan ftnah terhadapnya menjadikan rakaman siaran langsung Instagram (IG Live) oleh lima sekawan menjadi lebih viral.

Perkara berkenaan diakui sendiri penyanyi itu pada sesi perbicaraan hari kedua kes sman ftnahnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan pada petang Jumaat.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 37, mengesahkan perkara itu selepas disoal pguam defendan Nurul Hafidzah Hassan mengenai jumlah rating selepas sidang media yang dibuat secara dalam talian itu pada 23 Julai lalu.

“Berdasarkan sidang media itu barulah perkara tersebut (Live IG) menjadi viral pada 23 Julai lalu, betul?” soal peguam.

Siti Nordiana kemudian menjawab ringkas: “Betul”.

Semasa prosiding berlangsung, Siti Nordiana yang berada di kandang saksi bagaimanapun mengingatkan kepada pguam supaya bertanya kepadanya secara baik.

Siti Nordiana sebagai Plaintif bersama dengan pguam.

“Minta tolong cakap (bertanya) elok-elok puan,” katanya.

Pguam itu kemudian menjawab: “Saya bukan mrah, memang suara saya begini, (lntang)” .

Pada masa sama, penyanyi lagu Amarn itu turut bersetuju dengan cadangan soalan pguam yang mengatakan bahawa IG Live tersebut tidak menjadi viral ketika ia dibuat oleh defendan-defendan pada 20 Julai lalu.

Namun Siti Nordiana berkata dia membuat sidang media itu bersama wrtawan selepas melihat satu akaun di laman YouTube yang telah memuat naik rakaman IG Live lima sekawan tersebut pada 22 Julai lalu.

Dalam prosiding pada Jumaat kedua-dua peguam iaitu Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli mewakili dua defendan iaitu Sam Musyadzafar Samin dan Razidah Ahmad manakala peguam Azlan Abdul Razak dan Abu Hurairah mewakili Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, isterinya Nur Sheila Hassim dan Zuraidah Badron atau Syura.

Peguam Abang Azlan Abang Ariffin dan Ahmad Syaifulbakri Mohamed pula mewakili Siti Nordiana.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari depan untuk sambung bicara.

Lan Solo, Syura, Sheila sebagai defendan.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan sman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Siti Nordiana memfailkan sman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mhkamah Sesyen Slvil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam sman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mhkamah.