Syaiful (Tiro) mahu beli bot nelayan bantu penduduk kampung di Sabah cari rezeki, kongsi hasil juara MLM21

MAHU berkongsi rezeki, pelawak Syaiful daripada kumpulan Tiro berhasrat membeli sebuah bot nelayan untuk kegunaan penduduk kampungnya mengunakan wang hasil kemenangan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 21).

Kata Syaiful atau Mohd Syaiful Doli Sharif, 32, selain membantu penduduk Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah mencari rezeki, dia juga berhasrat untuk menunaikan umrah.

“InshaAllah kalau dipanjangkan umur, saya mahu menunaikan umrah dan kemudian beli sebuah bot nelayan.

Tiro meraih tempat pertama dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Tiro meraih tempat pertama dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

“Saya datang ke sini memang berniat nak membeli sebuah bot untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kampung,” katanya kepada mStar.

Syaiful ditemui pada sidang media selepas berakhirnya MLM21 di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada Jumaat malam.

Pada final MLM21, Trio yang dianggotai oleh Syaiful, Sharif dan Danial dinobat sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi.

Saya nak berkahwin, tapi calon isteri belum ada lagi.

DANIAL ZAINI

PELAWAK

Selain Syaiful, adiknya iaitu Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadil Doli Sharif, 30, juga mahu menggunakan wang tersebut untuk melaksanakan ibadah umrah.

Tambahnya, sebahagian daripada wang itu turut mahu dijadikan sebagai simpanan bagi menampung perbelanjaan.

“Memang saya dah niat inshaAllah kalau ada rezeki ni nak pergi umrah. Selebihnya saya akan simpan sebagai saving untuk kita bertahan sepanjang pandemik.

“Duit itu mungkin juga akan digunakan untuk projek yang akan datang,” katanya

VTHYT

Danial mahu gunakan wang tersebut untuk menunaikan haji dan berkahwin.

Sementara itu, Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 28, pula mahu menggunakan wang tersebut untuk tujuan berkahwin biarpun masih belum mempunyai calon isteri.

“Saya nak berkahwin, tapi calon isteri belum ada lagi. Saya nak pergi haji dan selepas itu mahu berkahwin.

“Umur pun sudah 28 tahun, sudah tiba masanya saya mencari jodoh,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*