Suami mana yang tldak susah hati apabila isteri jatuh sakit, apatah lagi sekiranya hanya terbaring di atas katil. Dulu riuh dengan gelak ketawa, kini rasa suram pula di dalam rumah!
Tidak sanggup melihat situasi seperti itu berterusan, seorang suami cuba menggembirakan hati isterinya dengan menghadiahkan sebuah iPhone dipercayai model terbaharu selepas wanita itu dikatakan kurang sihat.
Menerusi aplikasi TlkTok, wanita itu Syahamimi Shahri terharu dengan tindakan suaminya dikenali sebagai Salman Adnan yang berusaha untuk kembalikan ‘mood’ cerianya dengan memberikan kejutan berkenaan.
Terima kasih suamiku
Wanita berusia 25 tahun itu berkongsi semula video dirakam suaminya sehingga meraih lebih setengah juta tontonan dalam kalangan warganet.
“Tiga hari dah dia tak berapa sihat. Ajak bersiap pergi klinik tapi tak larat katanya. Jadi kita pun tolong belikan ubat untuk dia.
“Sedih hati ni tiga hari tak nampak dia senyum. Terdetik hati nak beli hadiah yang dia suka, berharap dia sembuh macam biasa dan bahagia,” tulis suaminya dalam video tersebut.
Selepas menerima hadiah tersebut, Syahamimi yang juga seorang ‘influencer’ di media sosial dilihat terus tersenyum gembira sekali gus menghargai pemberian suaminya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata berseloroh dengan mengatakan mereka sudah mengetahui cara untuk merawat demam dengan cepat selain menyifatkan wanita itu bertuah memiliki suami yang prihatin.
Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang membuat sindiran dengan mendkwa kononnya semua itu hanya lakonan semata-mata.
Penjelasan mengenai tudung
Bertuahnya awak
Ooh ni cara nak sembuh…
Jgn la kcam pasal tudung
Bagus suami memahami
Sumber : omm
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : https://transformasi.pw/
Leave a Reply