“Tak Ada Seorang Pun Manusia Di Dunia Ini Nak Kan Perpisahan” – Fizi Ali

Pengacara dan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali pada Rabu telah berkongsi khabar berita yang mengejutkan mengenai rumahtangga yang dibina bersama pelakon Shakilla Khoriri kini telah ber4khir.

Akan Besarkan Anak Dengan Penuh Kasih Sayang 

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata keputusan itu telah dibuat bersama Shakilla. Namun begitu, dia dan Shakilla akan tetap membesarkan anak tunggal mereka, Ameena Sofia dengan penuh kasih sayang.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum semua.. Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ini.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi” kongsi Fizi

Sudah Berfikir Panjang 

Dalam hantaran susulan di Insta-story miliknya, Fizi turut menyifatkan perpisahan mereka sebagai sebuah langkah yang tidak dapat dielak mahupun telah lama difikirkan sebelum ini.

“Tak ada seorang pun manusia di dunia ini nak kan perpisahan..kalau terjadi mesti sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau sudah berfikir panjang” katanya

Di kesempatan itu, dia berterima kasih atas titipan doa orang ramai dan berharap agar mereka dapat mendoakannya diberi semangat untuk terus bekerja seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

“Apa-apa pun terima kasih atas doa semua orang..doakan saya kuat semangat untuk bekerja seperti biasa” katanya lagi

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

 

Komen : 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : murai.my

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*