Lebih setahun terp1sah disebalik sempadan negara, tiba-tiba berlaku sesuatu sampaikan si isteri terg4mam… esoknya giliran ibu pula

PEMBUKAAN Laluan Perjalanan V4ks1n (VTL) antara Malaysia dan Singapura pada penghujung bulan lepas ternyata memberi sinar buat insan yang terp1sah antara sempadan dua negara.

Tidak terkecuali tentunya pasangan Jou Jasmine Muhammad Johari Jou, 26, yang lebih setahun tidak bersua dengan suaminya, Mohd Azriq Salarum, 29, gara-gara p4ndem1k C0vldl9 yang melanda.

Menurut wanita yang senang disapa Jasmin itu, suaminya bekerja sebagai juruteknik di Singapura dan kali terakhir pulang ke tanah air pada Ogos tahun lepas.

Pasangan sama cantik sama padan ini disatukan pada Februari lalu, sebulan sebelum PKP dilaksanakan.

Namun, dia pada Sabtu lalu dikejvtkan dengan kepulangan suaminya, sekaligus mengakhiri ker1nduan yang terbuku sejak sekian lama.

Ketika dihubungi mStar, Jasmin sempat bercerita mengenai kisah perkenalan dia dan suami serta dvgaan yang dilalui sepanjang menjadi pasangan jarak jauh (PJJ).

“Kami sebenarnya kawan sekampung. Saya kenal suami ketika masih berusia 15 tahun. Kiranya lepas 10 tahun kenal, kami mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2020.

“Syukur tak jadi pengantin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada waktu itu, kami masih sempat buat majlis dalam suasana meriah macam dulu-dulu.

Video:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Suami pula memang dah kerja di Singapura sejak tahun 2018. Selepas kahwin, dia balik ke sana untuk bekerja. Kemudian PKP diumumkan pada Mac. Saya tak jumpa dia sehinggalah Ogos tahun lepas.

“Selepas itu, dia pergi bekerja lagi ke Singapura sehinggalah pulang membuat kejvtan secara tiba-tiba pada hari Sabtu lepas,” ujarnya kepada mStar.

Pernah sekali paip sinki ros4k. Saya baiki sendiri berpandukan tutorial YouTube.

JASMIN

Menurut Jasmin, suaminya pulang pada petang Sabtu menaiki sebuah bas sebelum dijemput oleh kakak iparnya.

Sehari selepas kepulangan itu, mereka berdua turut membuat kejvtan untuk ibu suaminya, Zainab Kasmin, 70, yang menetap di Kota Tinggi, Johor.

“Pada petang Sabtu, suami balik ke sini secara mengejvt. Tiba-tiba balik rumah bawa bunga. Esoknya, kami buat kejvtan untuk ibunya pula.

jasmin2

Jasmin akui banyak cab4ran dilalui sepanang berjauhan dengan suami.

“Sepanjang p4ndem1k, saya sering melawat ibu mentua sendirian. Jadi, kali ini pun saya kata nak balik seorang saja. Bila nampak suami, terus ibu mentua saya gembira.

“Dalam gembira itu, rasa seb4k pun ada sebab dah lama mereka terp1sah. Kadang-kadang bila saya dan ibu mentua berbual, mesti dia tanya mengenai suami. Kesian sebab lama dia tak jumpa anak sendiri,” ujarnya.

Tambah Jasmin, dia sekeluarga mahu menghabiskan masa bersama sebaik mungkin sebelum suaminya pulang ke seberang tambak pada Januari ini.

Jasmin turut berkongsi video kejvtan itu sehingga ia meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

jamsmin4

Jasmin juga merupakan seorang peniaga kuih bulan.

Bercerita mengenai pengalaman sepanjang menjadi pasangan PJJ, Jasmin akui dia banyak melakukan perkara yang tak pernah terlintas dek akal selama ini.

“Semua benda kena buat sendirian. Uruskan rumah pun seorang diri saja. Orang nampak kita cool, tapi malam-malam kita men4ngis orang tak nampak.

“Pernah sekali paip sinki ros4k. Saya baiki sendiri berpandukan tutorial YouTube. Tak sangka menjadi, tapi mungkin tak secantik hasil kerja lelaki. Itu kali pertama saya baiki paip,” ujarnya berseloroh.

Selain bekerja sebagai ejen takaful, Jasmin turut berniaga mooncake (kuih bulan) secara dalam talian.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*