Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri seolah-olah memberi bayangan bahawa anak lelakinya iaitu penyanyi Dafi bakal menamatkan zaman buj4ng. Ini gara-gara selepas Ismail Sabri mereka memuat naik gambar bersama Dafi dan disertakan ucapan selamat menyambut hari ulangtahun. Di akhir ucapannya, Ismail Sabri mengusik Dafi dengan bertanya bila mahu membawa bakal isteri ke rumah.
“Selamat Hari Lahir yang ke-33 kepada anak teruna saya, Dafi. Semoga Allah limpahkan segala rahmat dan keberkatan buat Dafi. Bila nak bawa calon isteri jumpa kami? Hehe”- tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Di ruangan komen, ramai menyangka Dafi benar-benar bakal menamatkan zaman buj4ng tidak lama lagi. Apalagi Dafi juga tidak menafikan bayangan yang diberikan, malah meminta bapanya berhati-hati dengan kenyataan itu.
Walaubagaimanapun, Dafi mengucapkan terima kasih kepada bapanya di atas doa yang disampaikan.
Rata-rata peminat gembira dengan bayangan yang diberi serta mendoakan bekas peserta Akademi Fantasi itu cepat mendirikan rumah tangga. Pasti ramai tidak sabar melihat wanita bertuah menjadi bakal isteri Dafi kan?
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Kakak Dafi, Nina Sabrina merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal tanah air, Jovian Mandagie.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : muraimy
Leave a Reply