Jika disebut mengenai wang, lazimnya kita semua akan ingat baki terakhir yang berada di dalam akaun bank mahu pun duit tunai di dalam dompet selepas perbelanjaan dibuat.
Wanita Terkejut Pegawai Bank Datang Rumah Beritahu Ada RM180 Ribu Dalam Akaun, Kad Pun Dah Hilang
Namun, situasi ini berbeza berlaku di Indonesia, di mana seorang wanita dikatakan lupa akan kewujudan duitnya yang disimpan di dalam bank.
Menerusi video dikongsi seorang wanita dikenali sebagai MissCindy88 di laman TikTok, menceritakan pihak bank datang ke pejabatnya bagi memaklumkan mengenai jumlah wang yang berada di dalam akaun simpanannya. Apa yang lebih mengejutkan, duit yang disimpan sejak lima tahun yang lalu berjumlah Rp 600 juta (anggaran RM176 ribu).
Wanita ini juga dilihat seolah-olah bingung dengan kehadiran kakitangan pegawai bank dan dia menjelaskan terlupa mengenai duit yang berada di dalam akaunnya.
Mengulas lebih lanjut, wanita ini bukan sahaja lupa akan kewujudan akaun bank tersebut malahan, sudah tidak memiliki kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bagi akaun berkenaan.
Difahamkan, akaun tersebut dibuka sekitar November 2016 dan menyimpan Rp 430 juta (anggaran RM126 ribu) serta angka tersebut bertambah sebanyak Rp 170 juta (anggaran RM50 ribu) selepas beberapa tahun.
Video penuh:
Sumber: MissCindy88
Leave a Reply