Selepas berjaya mengekalkan kedudukan Top 3 selama 3 minggu berturut, nama Aliff Aziz antara yang disebut-sebut sebagai bakal finalis mahupun juara ‘Gegar Vaganza’ musim kali ini. Malah kemampuan vokal penyanyi kelahiran Singapura ini tidak perlu dipertikai lagi kerana selalu berjaya ‘menusuk’ jiwa penonton.
Tiada silap yang ketara…tapi aura persembahan kurang menyengat berbanding minggu-minggu sebelumnya
Dalam konsert minggu ke-4 malam tadi, Aliff Aziz diberi tugasan untuk mendendangkan lagu yang cukup popular dengan kumpulan Slam berjudul ‘Jika Kau Rasa Getarnya’. Walau bagaimanapun, para juri perasan bahawa ‘aura’ persembahannya kali ini kurang menyengat berbanding minggu-minggu sebelumnya.
@naim_official29##aliffaziz ##aliffazizgv8 ##jikakaurasagetarnya ##gegarvaganza8 ##gv8 ##trending ##astrogempak ##fypage ##foryou♬ original sound – MRX NAEM
Saya rasa macam ada sesuatu tak kena…emosi & pitching agak terganggu
Bukan sahaja menegur aspek emosi dan pitching suara yang agak terganggu, malah Datuk Syafinaz Selamat berharap agar dia tidak mengulangi kesilapan mudah dalam pertandingan sebegini. Pun begitu, Aliff Aziz berjaya mara ke konsert minggu seterusnya di kedudukan tangga ke-6.
@syafinazselamat.fans##gv8 ##gegarvaganza ##gegarvaganza8 ##datuksyafinaz ##datuksyafinazselamat ##syafinazselamat ##hettykoesendang ##tokram ##fyp ##foryourpage ##aliffaziz♬ original sound – Datuk Syafinaz FANS
View this post on Instagram
Bella pelik kenapa Aliff tak bagitahu bila ditanya juri semalam…rupanya dia tak suka guna alasan cliche
Menerusi hantaran IG Story baru-baru ini, Bella Astillah mendedahkan bahawa suaminya menghidap selsema semalam. Meskipun pelik kenapa situasi sebenar tidak diterangkan kepada juri, namun dia menghormati keputusan Aliff yang tidak mahu jadikannya sebagai alasan ketika beraksi di atas pentas.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber:IG bellaastillah, TikTok naim_official29 & syafinazselamat.fans
Leave a Reply