Pelakon Elisya Sandha berkongsi rasa gembira apabila menghadiahkan suaminya, Uzair Haqimy sebuah motosikal ‘Cafe Racer’ yang telah lama menjadi idaman sempena ulang tahun kelahiran ke-25 tahun.
Menerusi sebuah posting di laman Instagram baru-baru ini, pelakon berusia 22 tahun itu mengakui bimbang sekiranya Uzair menunggang motosikal namun timbul rasa kasihan jika hasrat suaminya tidak ditunaikan.
View this post on Instagram
“Got him this bike for his birthday this year. Walaupun sebenarnya risau dia naik motor tapi dia hari-hari tengok Cafe Racer kita pun kesian tengok. Happy birthday in advance, hope you like your present!,” tulisnya.
Sementara itu, Uzair memaklumkan dia memang berhajat untuk membeli motosikal tersebut namun bersyukur isterinya lebih awal menunaikan keinginannya.
View this post on Instagram
“My birthday present came early this yeaar :’) thanks to my wife @elisyasandhaofficial for thiss. Tahun ni tengok ramai pulak start main superbike, so memang ada hajat nak tukar main Cafe Racer pulak.
“My wife ni tanpa melengahkan masa terus cari satu Cafe Racer for me ya Allah :’) how did i get this lucky. Alhamdullillah syukur! Thank you to mama and papa also for helping out!,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut tumpang gembira selain mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.
Harga dalam RM8,000?
‘Sweet’… moga bahagia!
Alhamdulillah! Murah rezeki
Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Mohd Faisal bernikah dengan Uzair di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.
Sumber: Instagram Elisya Sandha & Uzair Haqimy/mStar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : https://liveconnection24.com/
Leave a Reply