“J4ngan sampai terl4jak ‘m4in’ pergi Umrah Uqasha…”- Kesl, Uqasha Senrose Bid4s Mvlut Jah4t Netizen!

Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa kesal selepas terdapat pihak yang memberikan tanggapan yang tidak sopan terhadap pemilihan lokasi bulan madunya iaitu di Tanah Suci.

Menerusi posting di Insta Stories, Uqasha memuatnaik screenshot dari tweet yang dikenali sebagai AWATNI Buzz yang memintanya hati-hati dan jangan sehingga terpaksa bayar dam kerana ‘terlajak m4in’ sewaktu menunaikan umrah.

Uqasha Senrose meluahkan rasa terkejut apabila masih terdapat manusia yang berfikiran sebegitu.

“Nak famous? MasyAllah ada jugak manusia mentaliti macam ni.”-Uqasha Senrose

Pergi Umrah Bukan Untuk Berjalan

Uqasha Senrose kemudian tampil memberi penjelasan bahawa dia sudah menunaikan Umrah sebanyak 3 kali dan telah melalui proses khusus untuk ke Tanah Suci dan bukannya sekadar mahu berjalan.

“Saya ke umrah dah 3 kali. Saya lalui proses khusus untuk ke umrah bukan main pergi berjalan huhahua. Orang nak beribadat bukan ke sana nak ‘m4in’ cantik sungguh bahasa masyAllah..”-Uqasha Senrose

Tambahnya lagi, Uqasha menjelaskan bahawa bukan dia dan suami sahaja yang pergi menunaikan umrah. Malah, mereka pergi bersama agensi dengan ustaz dan ahli keluarga yang lain.

“Kalau nak honeymoon baik orang pilih tempat lain!! Saya PERGI DENGAN AGENSI DENGAN USTAZ. SAYA PERGI BUKAN DENGAN SUAMI SAHAJA, @nelissasenrose @nelydiasenrose @fatinazzaniz @farzadida @kamaladli.”-Uqasha Senrose

Sepatutnya Mendoakan Yang Baik-Baik

Isteri kepada Kamal Adli yang juga pelakon turut memberitahu bahawa sepatutnya mereka mendoakan yang baik atau mengirimkan doa sewaktu mereka mahu menunaikan Umrah.

“Sepatutnya doa yang baik-baik ke atau kirim doa. ALLAHUAKBAR.”-Uqasha Senrose

Pasangan suami isteri Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikal Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: MuraiMy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*