“Jika Diikutkan Semasa Dalam Kandungan Lagi, Wawa Sudah…,” – Aeril Zafrel Perjelas Maksud Nama Anak Keempat, Jibril Ibtisam

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel menjelaskan nama yang dipilih buat anak keempatnya, Jibril Ibtisam yang dilahirkan 30 November lalu memberikan makna yang cukup baik.

Menurut Aeril, 33, isterinya yang juga pelakon sudah memanggil nama tersebut sejak hamil lagi.

Malah rata-rata wargamaya turut menyifatkan nama yang diberikan buat permata hati lelaki pasangan selebriti itu sebagai unik.

“Jibril Ibtisam membawa maksud pengulu utusan tuhan yang taat dan menyenangi hati selain membawa makna haruman senyuman serta tersenyum. 

“Jika diikutkan semasa dalam kandungan lagi, Wawa memang sudah panggil anak keempat kami dengan panggilan Jibril. Malah, dia juga sudah beritahu kepada tiga anak yang lain mengenai nama adik mereka.

“Sebenarnya setiap nama anak-anak, saya ada merujuk kepada seorang guru. Dia akan berikan beberapa pilihan dan kami akan memilih nama yang terbaik,” katanya memetik Harian Metro.

Aeril pada masa sama turut mengulas mengenai keputusannya yang memilih untuk berkongsi wajah anak yang baru dilahirkan di media sosial pada awal kelahiran.

“Bagi saya, itu adalah hak masing-masing. Saya dan Wawa selesa untuk kongsikan wajah anak kami kepada peminat. 

“Alhamdulillah saya seronok dengan kelahiran anak keempat ini. Dia pun tak banyak meragam, cuma selalu akan kejutkan kami sekitar jam 4 pagi,” katanya lagi.

Sementara itu, foto mereka sekeluarga yang mengenakan persalinan sedondon putih yang dikongsi di Instagram masing-masing turut menerima pujian peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, kini berusia setahun.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: media hiburan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*