Pengumuman tentang penyatuan pasangan selebriti ini tempoh hari begitu mengejutkan ramai. Mana tidaknya, Uqasha Senrose dan juga Kamal Adli rupa-rupanya sudah pun bernikah sebulan yang lalu dalam satu majlis tertutup dihadiri lebih kurang 100 orang tetamu di Janda Baik.
Terpaksa rahsiakan tentang majlis sebab dah terikat perjanjian bersama satu stesen TV
Menerusi portal mStar, berita tentang perkahwinan mereka terpaksa disembunyikan kerana sudah terikat dengan penyiaran eksklusif bersama satu stesen TV. Terdahulu, pasangan ini sempat beberapa kali menukar tarikh majlis kerana masih terikat dengan aturan SOP menyebabkan segalanya menjadi terbatas.
Jangan berubah hati & sayang…Awak yang terbaik, saya akan jaga awak sampai akhir hayat
Terbaru dalam satu posting di Instagram, mereka telah memuat naik satu sedutan rakaman dalam satu rancangan khas ‘Dari Dua Hati’. Dalam tayangan itu, masing-masing dilihat duduk berhadapan dan meluahkan isi hati. Walau bagaimanapun, Uqasha tiba-tiba sahaja menangis tatkala Kamal berjanji akan menjaga isterinya itu dan juga keluarga sehingga akhir hayat.
View this post on Instagram
Memang ada soul tengok korang berlakon masa layan Setelah Terlafaznya Akad..Part last buat sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi pasangan tersebut. Dalam pada itu, mereka turut sama sebak ketika mendengar ucapan ikhlas daripada Kamal untuk isterinya tersebut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber:Instagram Uqasha Senrose & Portal mStar
Leave a Reply