“Tamat Zaman J4nda” -Penyanyi Saida Khwin Kali Ketiga, Siti Nurhaliza Kongsi Video Majlis Resepsi

PENYANYI Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin menamatkan zaman janda selepas bernikah dengan lelaki pilihan hatinya pada Ahad.

Berita gembira itu dikongsikan adiknya yang juga penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram.

“Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya @sitinorsaidatarudin bersama pasangannya.

“Doa adikmu agar bahagia hingga ke jannah.

“Terima kasih suamiku hadir bersama walaupun Subuh tadi dah keluar menyertai pertandingan kayuhan lasak MTB di Putrajaya. Love you darling,” tulisnya di Instagram.

Berdasarkan perkongsian Siti, Saida kelihatan anggun mengenakan gaun kembang berwarna putih manakala pasangannya segak memakai sut dwi warna hitam dan putih.

Tetamu yang hadir pada majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan daripada anak saudaranya yang juga penyanyi cilik, Umairah.

mStar cuba menghubungi pihak keluarga terdekat Saida bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang suami baharu bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu namun masih belum berhasil.

Untuk rekod ini merupakan perkahwinan ketiga Saida yang pernah muncul dengan single berjudul Sedalamnya Cinta.

Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat, 41.

Namun tidak dapat dipastikan tentang perceraian suami keduanya itu.