Selepas mendirikan rumah tangga, setiap individu semestinya mempunyai usaha bagi merapatkan hubungan dengan keluarga pasangan terutama ibu dan bapa mentua.
Namun alangkah bertuah sekiranya memiliki mentua yang ‘friendly’ sekali gus tidak membuatkan menantu berasa jangal apabila bertemu antara satu sama lain.
Bagi seorang wanita menggunakan nama @ihahhh___ ini, dia bersyukur apabila hubungan dengan ibu mentuanya yang dipanggil ‘mak’ sangat akrab ibarat keluarga kandung sendiri.
Menerusi satu posting di aplikasi TlkTok, dia memuat naik rakaman vide0 memaparkan dari mereka berdua di atas pelamin sehingga mendapat suapan makanan daripada ibu mentua.
“Semoga hubungan mak bersama menantu akan sentiasa bersama hingga akhir hayat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tumpang gembira melihat hubungan seperti itu, hampir 1,000 komen memenuhi posting berkenaan dimana rata-rata mengakui @ihahhh___ bertuah memiliki ibu mentua yang melayan dengan penuh kasih sayang.
Bagi golongan bujang pula, perkara itu adalah idaman setiap wanita selain berharap dapat menemui bakal mentua yang baik hati dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
Moga dapat mak mentua macam ni jugak.
Semua idamkan mak mentua macam ni…
Untung la awak! Sayang macam anak sendiri
Alhamdulillah.. rezeki terbesar
Sumber : omm
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: https://sinetronmalaya.com/
Leave a Reply