Seperti beberapa musim lalu, Puteh berjaya mengekalkan rekod layak ke pentas akhir ‘Maharaja Lawak Mega 2021’ (MLM2021) susulan persembahan mantap malam tadi.
Paling mencvri perhatian adalah persembahan di segmen kedua, bersama Joey Daud sebagai artis jemputan. Awalnya, sketsa kumpulan Puteh bermula rancak mengisahkan tentang ragam sekumpulan kanak-kanak di suasana malam raya.
View this post on Instagram
Kalau keluarga saya masih ada, macam inilah kitorang berkumpul…abang selalu cakap, kita baik ramai sayang
Namun di hujung sketsa, Ali Puteh mengusik jiwa penonton apabila mengimbau kenangan sekiranya bapa, ibu serta abangnya masih ada lagi untuk beraya lengkap satu keluarga.
Lebih-lebih lagi, apabila pelawak tersebut mengungkapkan beberapa pesanan serta tagline Allahyarham Abam Bocey. Gara-gara itu, ia sekali gus mengundang sebak juri seperti Uqasha Senrose dan Datin Diana Danielle.
Rata-rata peminat nyata turut sedih mengenangkan dugaan Ali Puteh yang kehilangan ramai ahli keluarga sejak beberapa tahun lalu. Secara keseluruhan, Puteh menduduki tempat kedua di belakang kumpulan Bahye bagi pusingan separuh akhir ‘MLM 2021’ semalam.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : IG zonlawak & TikTok naim_official29
Leave a Reply