[VIDEO] “Remvkknya hati..” -Takda jodoh, suara suami lafaz cer4i online buat ramai seb4k

Bagi kaum wanita, lafaz cerai ketika alam perkahwinan menjadi perkara ‘ngerl’ untuk didengari selepas rumah tangga gagal menemui jalan penyelesaian terbaik.

Bagaimanapun, seorang wanita ini reda menghadapi situasi tersebut apabila suaminya melafazkan ceraiTalak satu secara dalam talian selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Video

 

“Allah adalah sebaik-baik perancang. Empat tahun bercinta, setahun perkahwinan,” tulisnya menerusi satu video dikongsi di aplikasi TikTok miliknya @azieysabell semalam.

Menerusi video tersebut, pemilik nama Nur Aziah itu dilihat hadir ke sesi penceraian dalam talian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Mengenakan jubah dan selendang berwarna hitam, wanita berusia 22 tahun berkenaan duduk dengan tenang di dalam sebuah pejabat di mahkamah tersebut sebelum mendengar suara suaminya melafazkanCerai.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih lebih 233,000 tontonan itu menerima hampir 1,000 komen netizen yang meluahkan rasa sebak dan meruntun jiwa selepas mendengar lafaz berkenaan.

Malah, rata-rata juga berharap Nur Aziah terus sabar dan percaya dengan takdir Allah SWT selain mendoakan agar dia bertemu jodoh terbaik di masa akan datang.

“Tiada niat untuk buka AIB”

Tenang di luar, tapi hati remuk

Menangis tengok video ni, ‘stay strong’!

Selepas hujan ada pelangi

Sumber : omm