Tak Selera Makan Nasi Arab Di Tanah Suci, MUA Bella Syukur Rupa-Rupanya Allah Nak Bagi Sesuatu

Tatkala mendengar celotehnya yang begitu ‘pekat’ dengan loghat Kedah, pasti ramai cukup mengenali figura terkenal iaitu MUA Bella. Personaliti media sosial ini juga tak lokek berkongsi pelbagai tips dan juga info menarik terutamanya dalam bidang makeup sewaktu melakukan tutorial.

Doakan kami dipermudahkan pergi & balik tanah suci…Alhamdulilah rezeki bawak semua anak-anak

Beberapa hari yang lalu, MUA Bella dan seisi keluarganya telah pun berangkat menunaikan umrah bersama-sama. Instafamous itu mengakui cukup teruja kerana dapat membawa anak-anaknya sekali untuk melalui pengalaman tersebut termasuklah si kecil, Ean Yusuf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Assalamualaikum doa baik-baik, insyaAllah rezeki…Allahuakbar, patutlah tengok nasi arab tak lalu nak makan

Terbaru menerusi satu posting, MUA Bella telah mengumumkan satu berita gembira apabila dirinya sedang hamil anak keempat. Influencer berkenaan sama sekali tidak menyangka alahan ketika makan Nasi Arab menjadi petanda untuk kehamilan tersebut. Lebih-lebih lagi, anak bongsunya baru berusia setahun lebih.

Tumpang seronok jugak, rezeki jejak kaki kat tanah suci tu…MasyaAllah Tabarakallah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mengucapkan tahniah apabila mendengar berita tersebut. Dalam pada itu, ramai juga mengambil kesempatan tersebut mengirimkan beberapa doa untuk dibaca MUA Bella sepanjang berada di tanah suci berkenaan.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://www.dnq.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*