“Get Well Soon Spider!” – Eyka Farhana Titip Ucapan Buat Akhyar Rashid

Selepas pemain sayap lincah Harimau Malaya, Akhyar Rashid disahkan positif Cov1d-19, pelakon Eyka Farhana menitipkan ucapan kepada bintang bola speak itu.

Eyka menerusi ruangan Instagram Story telah menyiar semula kata-kata semangat “Get Well Soon Spider!” daripada akaun Instagram jenama pakaian milik Akhyar, Dare To Be.

Hantaran tersebut dibuat Eyka, sebaik sahaja perkembangan mengenai Akhyar disiarkan media.

Bagaimanapun, tinjauan Gempak mendapati tiada posting lain dimuat naik Eyka di ruangan ‘feed’ ditujukan kepada kekasihnya itu.

Terdahulu, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan Akhyar pos1tif Cov1d-19, menyebabkan dia tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Vietnam, Ahad ini.

Akhyar bersama Harimau Malaya kini berada di Singapura untuk perlawanan Bola Speak, Piala AFF.

Hubungan rapat Akhyar dan Eyka mula dihidu warganet sekitar Julai tahun lalu ketika sambutan hari lahir ke-25 pelakon Dukun Diva itu.

Walaupun ketika itu Eyka tidak mended4hkan wajah jejaka bersamanya ketika itu, kelibat pemain bola sepak berusia 22 tahun tersebut, tetap dapat diteka warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DARETOBE (@akhyarrashid_hq)

Menguatkan lagi d4kwaan mereka sedang berkawan rapat apabila kedua-duanya sering berbalas komen di Instagram dan berkongsi foto percutian bersama.

Bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu Eyka dan Akhyar tidak lagi berkongsi foto sekaligus mencetus spekulasi hubungan pasangan ini sudah berakhir.

Eyka ketika ditemui Gempak pada majlis sidang media Dukun Diva baru-baru ini turut mengakui lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai perihal peribadi memandangkan kedua-dua mereka memiliki kerjaya masing-masing yang perlu diberi perhatian.

Jangan lupa untuk menyaksikan lakonan mantap Eyka Farhana sebagai Lola, menerusi drama bersiri Dukun Diva setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra.

Komen Netizen:

Selain Eyka, drama premium lapan episod ini menonjolkan barisan pelakon hebat seperti Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemilla, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon dan Aloy Paradoks.

Menariknya lagi, Dukun Diva turut dihiasi dengan penampilan istimewa, antaranya pelakon terkenal daripada pelbagai latar seperti Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.

Penonton Dukun Diva juga boleh mendapatkan merchandise ekslusif lilin beraroma daripada Lampu Cherita yang menampilkan karakter Lola, Che Yah dan Datin DD dengan haruman berbeza.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*