“Tahun Depan Kita Pula” – Ramai Lelaki Cuba Mengorat Adik Uqasha Tapi Dah Terlambat Raysha Rizrose Pilih Pelumba Kereta

Di saat ini, perkahwinan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli menjadi bualan ramai selepas mereka mendedahkan sudah sebulan berkahwin iaitu pada 5 November lalu.

Selepas Uqasha dan pelakon Nelydia Senrose menamatkan zaman bujang, kini adik pula menjadi tumpuan wargamaya terutama kaum Adam.

Raysha Rizrose yang juga merupakan seorang aktres mendapat ‘spotlight’ selepas memuat naik foto ketika majlis pernikahan Uqasha dan Kamal.

Dengan kapsyen ‘kakak saya dah kahwin’, Raysha nampak anggun dengan busana berwarna merah hasil sentuhan pereka fesyen, Ezuwan Ismail.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut lelaki mula menjalankan operasi untuk mengurat pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz.

Sampaikan ada komen yang mengajak juara Dewi Remaja 2014/2015 ini berkahwin pada tahun hadapan.

@i.am.aben: Raysha bila? Saya sudi.

@_ashleyakmal_jr: Jangan nangis. Nanti sampai lah giliran kita pula.

@eydeyl: Tahun depan kita pula ya.

@amin_sazeri: Nanti kita pula. Eh, semoga dipermudahkan.

Bagaimanapun, seandainya ada yang belum tahu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia sudah mempunyai teman lelaki iaitu pelumba kereta negara, Nabil Jeffri.

Pasangan ini sudah berkawan sejak tahun 2013 iaitu kira-kira lapan tahun usia hubungan mereka.

Sumber: Instagram @raysharizrose