“Rasa-rasanya mereka nak umumkan tarikh nikah iaitu mungkin 11 Disember 2021 sebab susunan nombor pun sudah cantik,” teka seorang netizen.“Semoga ada berita baik daripada pasangan sejoli ini, Amin,” kata seorang pengguna Twitter.Sehingga kini, kebanyakan peminat Uqasha mahupun Kamal sangat teruja menanti pengumuman. tarikh hari bahagia pasangan berkenaan.
Lebih menguatkan spekvlasi, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, berkongsi momen pertama kali melihat busana pengantin miliknya rekaan Fizi Woo.
Meskipun begitu, Uqasha mahupun Kamal masih mengunci mulut mengenai tarikh hari bahagia mereka sehingga hari ini.
Pada 6 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan Uqasha telah menganjurkan sebuah majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mended4hkan tarikh majlis pernikahan mereka.
Mengikut perancangan asal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan virus C0v!d.19 yang semakin membimbangkan.
Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana p4ndemik C0v!d.19, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut. – K! ONLINE
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : kosmo
Leave a Reply