Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli tampil membidas kenyataan yang diberikan oleh bekas majikannya, Datuk Seri Vida (DSV) mengenai bayaran gaji sebanyak RM50,000 ketika berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.
Tular DSV Tawar Jadi PA Gaji Sebanyak RM50K! Sekali Iqbal Zulkefli Ded4h Gaji Sebenar Kerja Dengan DSV
Hanya Mendapat RM1,400 Sebagai Gaji Awal
Menerusi Insta Stories, Iqbal mended4hkan kenyataan yang diberikan oleh DSV mengenai gajinya adalah tidak benar dan hanya mendapat RM1,400 sebagai permulaan gaji/
“Minta maaf saya mencelah. Kenyataan tentang gaji saya RM50,000-100,000 tidak benar. Sebetulnya pada awal bermula RM1400. Tahun ketiga barulah RM2000++. Itupun saya selalu bekerja dari sampai subuh.
Gaji saya sama sahaja dengan staff lain, bahkan ramai staff yang lebih tinggi. Cuma siapa rajin dan kreatif buat sales, mereka akan dapat setimpal dengan usaha.”-Jelas Iqbal
“Apa Salahnya Jika PA Wanita?”- Iqbal
Tambahnya, dia turut berpendapat DSV sepatutnya mengambil PA dikalangan wanita yang kini serba mengetahui pelbagai perkara. Malah, dia turut memerli sinis DSV mengenai tujuannya ingin mengambil PA lelaki.
“Apa salahnya jika P.A wanita? Wanita sekarang juga sudah pintar edit video, bijak berniaga, dan boleh lakukan segala bukan? Tidak cukup baguskan staff yang ada sekarang? Mereka juga sudah banyak belajar. Ramai lagi staff yang tidak mendapat perhatian sepenuhnya.
Atau mahu P.A lelaki bertujuan untuk berjoget lagu hindustan seperti yang pernah lakukan selepas buang saya dulu? Itu bukan menyakitkan saya tetapi menjatuhkan martabat janda”- tulis Iqbal
Rayu Hormati Privasi
Dalam pada itu, Iqbal turut merayu agar DSV menghormati kehidupan baharunya di Indonesia kerana kenyataannya usahawan mengenai perihal gaji hanya akan mendatangkan fitn4h.
“Saya dah lama tak sebut nama beliau. Kalau tidak kacau saya, saya pun akan diam. Tapi ni mendatangkan fitn4h. Gaji saya sama sahaja dengan staff lain. Saya berterima kasih dan kenang jasa sampai bila-bila tetapi jangan pusing.
Tolong. Saya mohon. Saya penat. Hormati privasi saya. Saya juga akan hormati. Tidak usah ditokok tambah lagi. Teruskan hal sendiri. Di Indonesia, mahu fokus untuk yang betul-betul serius menyayangi saya.”- katanya
Leave a Reply