Minta Tangguh Kahwin Sebab Nak Siapkan Rumah Untuk Family, Gadis Pasrah Tunang Pilih Putuskan Hubungan

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mempunyai perancangan untuk menghalalkan hubungan tersebut dan hidup bahagia buat selama-lamanya. Namun, manusia hanya mampu merancang dan selebihnya telah ditentukan oleh Sang Pencipta, mahu tak mahu pasangan tersebut perlu akur jika tiada jodoh antara mereka.

Seperti sebuah video dikongsi seorang wanita di laman TikTok, menceritakan sudah berpisah dengan teman lelakinya selepas tujuh tahun bersama. Menerusi video pendek dikongsi, wanita ini menceritakan dia sudah pun membeli sebuah rumah dan merancang untuk berkahwin 21 Disember ini.

Rancangan berkahwin 21 Disember, dia selalu tolong aku. Support sampai boleh beli rumah sendiri.

Bagaimanapun, gadis ini dipercayai meminta supaya majlis tersebut ditangguhkan terlebih dahulu berikutan duit yang sepatutnya dibelanjakan telah digunakan bagi kegunaan rumah baharu.

Kerana dia tahu aku punya cita-cita untuk ada rumah sendiri, dia tahu aku bekerja keras demi membanggakan keluarga aku

Sebelum rumah siap, pernah gaduh kerana keperluan (duit) lain jadi duit kahwin terpaksa digunakan. Dia tetap minta kahwin bulan Disember. Tapi aku tetap dengan cita-cita untuk ubah suai rumah dulu sebelum kahwin.

Aku minta tangguh dulu tiga bulan, supaya kewanganku stabil dan boleh bantu dia untuk bayar kos perkahwinan. Tapi mungkin dia tak boleh tunggu.

Namun, teman lelakinya dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mereka akhirnya berpisah.

Saya harap awak dapat yang lebih baik dari saya yang mungkin menepati jangkaan awak. Dan mungkin saya akan menyepi untuk masa yang lama kerana hubungan 7 tahun itu mengambil masa yang lama untuk dilupakan.
Video penuh:

Sumber: Dheetar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : obulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*