“Orang yg P4ndang Saya ‘M4fia’” Addy Kana Mula Bvka Cerita Mcm Mana Nama Dia Mula Disebut-sebut

Namanya pernah mencetus kegemp4ran, apabila dikaitkan dengan barisan artis dan personaliti terkenal yang didakwa mendalangi kegiatan mac4u sc4m, judi dalam talian serta rangkaian sindiket penipuan antarabangsa.

ZAIDI KANAPIAH, yang popular dengan gelaran Addy Kana kini telah bebas. Dia dibebaskan dari penjara Pokok Sena, Kedah April lalu setelah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jen4yah (POCA).
Mingguan Malaysia bersama wartawannya ROSHIHAN ANNUAR YUB dan FAHMI FAIZ mencungkil bagaimanakah ahli perniagaan ini did4kwa terlibat dengan jen4yah ini. Apa pengajaran daripada penangkapannya? Ikuti wawancara ini yang dibantu oleh jurugambar FAUZI BAHARUDIN.

MINGGUAN MALAYSIA: Sebelum ini, nama Addy Kana jadi buah mulut masyarakat, kerana dikaitkan dengan mac4u sc4m dan cuci duit babitkan artis, siapakah sebenarnya Addy Kana sampai mencetus kegemparan?

ZAIDI: Saya membesar bukan dalam keluarga senang, membesar di setinggan Taman Datuk Harun. Dari kecil saya sudah menjalani kepayahan hidup, waktu hujan misalnya bumbung bocor dan kena guna mangkuk. Adakala bila hujan lebat, rumah kami banjir. Jadi saya mengalami kepayahan hidup. Sebab bapa saya seorang yang sayangkan keluarga, dia tidak benarkan mak bekerja walaupun dia susah.

Kalau boleh diimbas kembali penangkapan, adakah ia berpunca sikap suka menayang kemewahan dalam media sosial hingga mengundang perhatian pihak berkuasa?
Bagi saya, mahu kata mewah sangat itu, tidak. Cuma isteri saya suka kepada kesempurnaan. Jadi bila dia ambil gambar untuk media sosial, dia akan pastikan sempurna segala susun atur. Kalau waktu makan, dia akan susun dulu makanan cantik-cantik, baru dirakam.
Kalau di rumah pun, dia akan meronda rumah untuk pastikan tiada habuk. Jadi soal video tayangkan kemewahan dalam media sosial, bukan begitu. Isteri saya cuma akan cari juruvideo yang bagus untuk pastikan sudut gambar jadi menarik. Contohnya, sewaktu saya sewa limousine untuk sambutan hari jadi, ramai saja orang buat. Tapi kenapa saya yang disasarkan?

RANGKAIAN DENGAN ARTIS

Wargamaya sering kaitkan anda dengan mac4u sc4m, apa reaksi terhadap mereka?

Saya pun tak tahu bagaimana datang idea kaitkan saya dengan macau scam. Mula-mula waktu saya kena tangkap, pihak berkuasa datang rumah. Sehari sebelum itu lagi sebenarnya saya sudah tahu, ada orang beritahu. Tapi waktu itu saya fikir, pihak berkuasa mahu tangkap saya atas sebab apa? Saya ada buat salah apa? Jadi saya fikir, lantaklah. Kita pun biarkan saja.

Bagaimana dengan dakwa4n pengubahan wang haram?

Pengubahan wang haram apa? Setahu saya, kalau pengubahan wang haram ini, ia hasil daripada penipu4n, pengedaran d4dah, perjudian, kongsi gel4p atau sebarang kegiatan jen4yah.

Saya pun beri kerjasama, siasatlah. Saya kata kepada pihak berkuasa, barang-barang ini semua saya beli. Kemudian bila dalam tahanan, saya tak tahu pun lagi pasal macau sc4m. Kemudian mereka kata, saya cuci duit beri kepada artis-artis.

Sejauh mana hubungan dengan artis-artis tanah air?

Artis yang dikaitkan dengan saya ini, saya cuma kenal dia sebagai artis saja. Saya tak pernah lepak dengan dia, tak pernah jumpa, dan tak pernah ada apa-apa hubungan. Jadi pihak berkuasa kata, saya beri duit kepada artis untuk memodalkan perniagaannya. Kemudian mereka tanya, saya kenal tak artis itu?

Saya kata, kenal. Sebab sebagai rakyat Malaysia, orang Melayu kalau tak kenal artis itu, pelik pula. Saya cakap, saya kenal dia. Mereka tanya, saya pernah beri apa-apa kepada artis itu? Saya cakap tak, malah jumpa pun tak pernah. Akhirnya, persoalan itu jadi tanda tanya kepada pihak berkuasa.

AKTIVITI TAMAN MEDAN
Kalau bukan macau scam atau pengubahan wang haram, apa kegiatan sebenar? Dengarnya, di Taman Medan, Petaling Jaya, nama Addy Kana ini sohor sebagai ‘gedebe’?

Saya dulu nakal, kalau saya cakap takut beri kesan kepada saya pula. Kenakalan saya kalau di Taman Medan, andai kata berlaku kemalangan, kalau sebut nama saya, insya-Allah selamat, ini satu masa dulu lah. Masa itu umur saya awal 20-an.

Saya dari muda, bukan nakal dari hati, tapi melakonkan kenakalan itu. Sebab di Taman Medan kita semua kanak-kanak yang terdedah kepada dunia sosial. Dunia yang mana ramai mahu jadi s4mseng. Jadi waktu itu saya agak skema di sekolah, dan saya fikir kalau macam itu memang akan dibvli. Jadi terpaksa lakonkan satu watak, sebab keberanian ini tak lama.

Contohnya?

Dulu saya pernah jadi jururunding untuk selesaikan hal ah long. Dalam hati saya waktu itu, kerja ini besar, nilainya lebih RM1 juta. Waktu itu ah long ramai dalam rundingan, macam dalam filem, saya panggil semua ah long datang di sebuah kopitiam di Sunway.
Saya cakap, saya mahu selesaikan kes ini. Penghutang itu, yang mana saya jadi jururunding, cakap dia sudah bayar banyak, lebih daripada bunga. Jadi dia cakap dia mahu selesaikan, mahu bayar habis.

Dia cakap pada saya, kalau saya boleh uruskan, lebihan daripada urusan itu akan jadi keuntungan kepada saya. Jadi waktu itu, saya pun buat keras, dan ia menjadi. Ah long itu semua dengar cakap saya.

Mereka ambil cek dan balik. Mana-mana ah long yang keras waktu itu, mereka tak terima bayaran dari penghutang itu.
Saya cakap, kalau kamu tak terima bayaran, kamu jangan kacau dia. Kalau kamu kacau dia, saya akan kacau kamu. Jadi waktu itulah nama saya mula disebut-sebut.

TERJEBAK BISNES KRIPTO

Apa aktiviti selepas itu, yang mendorong bertemu dengan Alvin Goh Leong Yeong yang turut disabitk4n dengan jen4yah mac4u sc4m?
Pada 2010 saya kahwin, tapi nasib tak baik lepas empat bulan kahwin, saya ditangkap di bawah Akta Darur4t, untuk kali kedua. Saya dipenj4ra di Simpang Renggam.
Di sana banyak mengubah saya. Kemudian saya bebas pada 2012, dan saya buat kira-kira. Kalau saya bekerja dengan gaji RM1,500, macam mana mahu sara keluarga? Jadi saya beritahu isteri, beri saya tiga bulan.

Andai kata saya berjaya, maka berjayalah. Jika gagal, saya tak akan sia-siakan hidup awak, saya akan lepaskan awak.

Dia tanya kenapa saya cakap macam itu? Saya cakap tak guna teruskan kalau saya gagal lagi, tak jadi apa.

Jadi dalam tempoh tiga bulan itu, apa yang dilakukan?

Saya rancang waktu itu untuk mencari dana singkat. Saya berjaya mencapainya. Kemudian bila sudah ada modal, saya kena tangkap lagi pada 2013. Tapi lepas did4kwa di mahk4mah, saya dibebaskan sebab saya tiada di tempat kejadian.

Lepas saya balik, orang kampung mula pandang saya sebagai m4fia. Selepas itu, saya mula menjaga tapak pembinaan. Dari satu kontrak ke kontrak lain, kemudian dari satu projek kutip hutang ke projek lain, sampai tahap saya mula dikenali di Petaling Jaya.

Macam mana kenal Alvin?

Dari Petaling Jaya, saya dan keluarga pindah Kuala Lumpur. Di sana saya kenal Alvin. Dia ini pemilik syarikat teknologi maklumat di Plaza Lowyat. Waktu itu ada isu antara Lowyat de­ngan Mara Digital.

Waktu itulah sa­ya muncul. Sebab barang dari Lowyat, macam kita bumiputera ini su­ka main atas angin. Dihantar ke Mara Digital, kemudian sub semula ke Lowyat.

Jadi Alvin bekalkan barang ke Mara Digital, kemudian dia beritahu dia kena tipu. Barang dia bekalkan, ke­mudian orang lain sabotaj barang tersebut. Sebab di Mara Digital, bukan bumiputera tak boleh masuk.

Jadi dia minta tolong saya uruskan barang-barang itu. Saya pun berunding, dapat­kan semula separuh barang tersebut. Jadi dari situ kami rapat. Kami mula berkawan, sampailah saya mula kenali dunia matawang kripto pada 2017.

Bila kenal dunia kripto, apa berlaku?

Mulai itulah, saya nampak dunia saya berubah. Saya nampak satu benda yang macam orang cakap, kalau mahu berjaya kena fikir luar kotak, dan inilah kotak itu. Saya diberi peluang untuk cari kotak itu, dan saya lihat perniagaan matawang kripto ini boleh pergi jauh.

Kemudian sampai satu tahap, benda ini mula undang banyak gangguan, jadi kami fikir macam mana mahu pastikan perniagaan kripto ini sah di sisi undang-undang. Waktu itu kami rancang mahu jadi pemain pertama dalam hub digital di Malaysia. Saya ada tubuhkan satu syarikat waktu itu, untuk bangunkan hub digital matawang kripto.

Bagaimana dengan Alvin, yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jen4yah (POCA)? Adakah ia jenayah berbentuk mac4u sc4m atau mungkin jvdi dalam talian?

Pihak berkuasa memang tanya, tahu tak Alvin buat? Saya tanya buat apa? Mereka jawab, yang buat sindiket sasarkan mngsa di China.

Saya beritahu, di China itu setahu saya, mereka buat matawang kripto. Sebab saya sendiri yang bawa Alvin jumpa seorang tokoh kewangan tanah air. Sebab China waktu itu mahu kem­bangkan dan majukan industri matawang kripto di Malaysia. Jadi mereka mahu mohon kebenaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah platform.

Saya juga pergi jumpa pihak di Labuan, jadi tak akan kalau ia scam, saya boleh jumpa orang sebegini? Malah dalam telefon lama, ada gambar saya berjumpa pihak atasan, sebab kita rancang mahu buat inovasi baru, satu revolusi.

Revolusi apa?
Saya mahu dedahkan Malaysia dengan dunia digital, macam seorang Ahli Parlimen pembangkang berucap baru-baru ini, mahukan kita belajar selok belok matawang kripto dan bitcoin.

Sebab apa? Sebab bitcoin sudah mahal. Tapi kita mahu buat ini, pihak ini halang, pihak itu halang, orang itu ini ambil kesempatan, jadi macam-macam dug4an.

Namun bila satu hari nanti, bila ada orang lain yang membangunkan matawang digital di Malaysia, barulah masyarakat akan cakap, inilah hero yang menjayakan dunia kripto. Padahal orang yang cuba rintis jalan ke arah itu, yang tebas semak samun, orang itu pula dilabel ketua kumpulan sindiket.

KISAH DITAHAN LOK4P SPRM

Adakah bermaksud, sepanjang dalam tahanan agensi berkuasa, tak dapat kesan kesalahan jen4yah?

Macam saya cerita tadilah, saya beritahu mereka pasal bitcoin, saya cerita kepada mereka macam mana Alvin rancang menjadikan Cyberjaya sebagai satu platform digital.

Macam Alvin ini saya tengok, dia dan saya mempunyai minat yang sama. Dia mahu buat satu revolusi baru, biasalah untuk jumpa orang atasan ini bukan senang, pegawainya janji itu dan ini, kemudian kena t1pu.

Mereka janji mahu bawa Alvin jumpa seorang yang berpengaruh, Alvin pun sewa bangunan. Tapi akhirnya, kena tangk4p dan pihak berkuasa hebohkan tangkapan itu, dengan berita muka depan surat khabar.

Apa kesan terhadap diri dan keluarga apabila terpalit dakw4an mac4u sc4m?

Orang Malaysia ini, bila dengar mac4u sc4m, mereka cakap: “Pak cik aku di kampung kena tipu, mereka inilah punya kerja. Patut lah hidup senang, makan duit har4m”.

Di akhirat nanti, mereka akan cari saya semula, sebab mereka fitnah saya teruk. Mac4u sc4m, t1pu duit orang kampung, t1pu duit orang susah. Saya ini budak nakal, tapi kepantangan saya men1pu orang.

Sebab itu lepas dibebaskan, kawan yang kenal saya, semua menerima saya dengan tangan terbuka. Tapi masalahnya, mereka ini senyap tak mahu pertahankan saya. Sebab takut kena kec4m.

Malah ada yang lagi teruk, ada yang padam gambar bersama saya dalam media sosial. Siap ada yang keluar kenyataan, kenal saya di salun saja, tak rapat pun. Saya cakap, apa benda lah. Kemudian saya telefon, saya tanya kenapa cakap macam itu? Bukan apa, benda ini nanti takut jejaskan perniagaan kita.

Saya cakap, macam ini perangai kamu? Waktu kamu mula berniaga dulu, siapa yang tolong?
Sebab itu lepas saya ditahan bawah POCA dulu, kerana dituduh ter­libat dengan judi dalam talian, saya waktu itu kesal.

Tapi waktu di penjara itu, saya da­pat satu iktibar baru. Saya cakap, Tuhan kalau mahu ambil nikmat, tak perlu lama, pada 30 September 2020 saya masih di luar bersenang-lenang, esoknya 1 Oktober, pukul 7 pagi segalanya sudah berubah. Saya ingat tarikh itu, tragedi Oktober. Segala nikmat kebebasan, kemewahan sudah tiada.

NASIB BANDU4N

Macam mana kerajaan boleh tolong bekas bandu4n untuk bangkit semula memulakan kehidupan baru?

Dalam penjara, saya dengar keluh-kesah mereka. Macam mana, bila keluar nanti mahu mulakan hidup baru, mahu mulakan kerja? Sebenarnya kerajaan kena tolong mereka. Sebab kebanyakan warga bandu4n ini, lepas bebas masyarakat akan pandang serong. Mahu minta kerja susah.

Maksudnya, kerajaan boleh wujudkan satu dana khas untuk beri sokongan kewangan dan moral kepada bekas banduan. Janganlah biarkan mereka terjerumus semula.

Macam saya, saya punya perancangan 2022 andai kata revolusi matawang kripto ini berjaya, saya akan ambil pekerja saya dalam kalangan warga penjara yang baru dibebaskan. Sebab kita mahu beri peluang. Tapi kalau kita beri peluang dan mereka tak mahu berubah, bagi saya itulah kesudahannya. Peluang sudah tiada lagi. – Mingguan Malaysia

Foto Emma Maembong Bersama Addy Kana Undang Tanda Tanya

Tidak lama dahulu, beberapa nama selebriti tanah air telah menjadi bahan bualan netizen berikutan mereka menjalinkan hubungan baik atau berkawan dengan individu yang terpalit dengan kes penggubahan wang har4m.

Terbaru, hantaran Instagram terbaru pelakon Emma Maembong turut mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dia merakamkan foto bersama pasangan yang pernah ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) berikutan kes tersebut.

Tampil mesra, Emma juga tidak menyatakan lanjut mengenai hubungan sebenar antara mereka malah turut menutup ruangan komen hantaran foto tersebut.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan bagi meraikan ‘baby shower’ pasangan tersebut.

Barangkali tidak mahu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, anggap sajalah mereka berkawan baik atau hanya sebagai kenalan rapat.

Bersangka baik sajalah asalkan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang, itu sudah cukup baik.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://www.rosemerah.dnqj.my/blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*