Ngid4m Makanan Perkara Biasa, Wanita Ini Pula Mengid4m Nak Jadi Pengantin Ketika Meng4ndung Anak Kedua

Pernah kan kita dengar orang tua-tua dulu kata kalau kita tak tunaikan permintaan yang diminta oleh ibu meng4ndung yang sedang mengid4m, nanti bayi lepas lahir akan meleleh air liur.

Walaupun perkara ni tak ada bukti saintifik, tapi sebaiknya si suami digalakkan untuk cuba tunaikan selagi benda tu tak memudaratkan sesiapa.

Selalunya kita dengar orang meng4ndung mengid4m nak makan makanan yang pelik-pelik kan namun lain pula ceritanya buat seorang wanita Indonesia yang sedang hamil anak kedua ini.

Menurut sebuah video TikTok yang viral baru-baru ini, wanita itu mengid4m nak jadi pengantin lagi sekali dengan suaminya, lapor Liputan6.

Video itu telah dikongsikan oleh akaun yang dikenali sebagai singamanja_slebeww dan sehingga kini, video yang berdurasi 14 saat itu telah meraih sebanyak 2.7 juta tontonan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ibu h4mil dan suaminya bukan sahaja memakai baju pengantin, namun mereka juga dibawa berarak di sekeliling kampung.

Baru lah ada feel macam pengantin baru lagi sekali kan. Nampaknya mengid4m nak buat aktiviti yang jarang dibuat oleh orang bukanlah sesuatu yang pelik di negara itu, kerana menurut netizen, ada seorang ibu hamil lain pula pernah mengid4m nak menaiki kereta polis.

Malah, ada juga netizen lain yang kata anak sulung pasangan ini pula bertuah sebab dapat hadir ke ‘majlis perkahwinan’ ibu bapanya.

Betul jugak tu, budak-budak kecik kan selalu persoalkan kenapa dorang tak ada dalam gambar kahwin mak ayah dorang.

Comel je suami wanita dan orang kampung dorang ni kan, layan je permintaan ibu hamil.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*