“Pantang m0den kee?” Baru 10 Hari Berpantang Dah Kembali Bekerja, Vivy Yusof Diteg0r Netlzen

Selamat menimang cahaya mata keempat pada 22 November lalu, usahawan terkenal, Datin Vivy Yusofmemaklumkan sudah pun kembali bekerja meksipun masih dalam tempoh berpantang.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vivy dilihat memuat naik foto dirinya yang memakai baju berpantang, lengkap berstokin sedang baring di katil ditemani komputer riba dan anaknya, Idris Ali Shah.

Perkongsian Vivy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut serta menegur usahawan itu supaya berehat secukupnya ketika tempoh berpantang.

Malah, ada segelintir netizen turut berkongsikan kesan buruk jika bekerja terlalu kuat ketika tempoh tersebut apatah lagi baru sahaja melahirkan cahaya mata.

Malah, ramai juga yang berkongsikan kesan buruk akibat bekerja terlalu kuat sewaktu dalam tempoh berehat setelah melahirkan anak.

Sekadar info, pengasas Fashion Valet dan jenama tudung terkenal dUck ini telah melahirkan anak ke-4 hasil perkongsian hidup bersama Datuk Fadzruddin Shah Anuar pada 22 November lalu.

Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya berkongsi gambar terbaharu anaknya yang diberi nama Idris Ali Shah.

“Idris Ali Shah, 22/11/2021. Alhamdulillah” tulis Vivy di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Vivy sekeluarga serta menitipkan doa yang baik-baik untuk Idris.

“Congratulations. Hi Idris” tulis Daphne Iking.

Vivy selamat melahirkan cahaya mata keempat hasil perkongsian hidup bersama Datuk Fadzruddin Shah Anuar pada 22 November lalu. Pasangan itu turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Sumber : rotikaya

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  https://transformasi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*