Kembali langsing macam anak dara, Zahirah MacWilson akui sibuk jaga anak punca berat badan turun

HAMPIR setahun berehat daripada bidang lakonan kerana mahu menumpukan perhatian terhadap anak, pelakon Zahirah MacWilson memberitahu sudah tiba masanya untuk dia kembali bekerja.

Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson, 26, berkata, dia dalam perancangan untuk mencari pembantu rumah yang sesuai dan bertanggungjawab dalam membantu dirinya menjaga anak lelakinya, Isaac Raees yang kini berusia 11 bulan.

“Isaac sekarang dah nak masuk 11 bulan dan sudah mula nak berjalan-jalan, bercakap serta berinteraksi dengan orang. Saya nak je berlakon semula, cuma tak ada orang nak jaga Isaac.

“Sekarang ni saya menjaga Isaac dengan nenek di rumah. Saya juga sedang mencari pembantu rumah, sebab tak dapat nak buat semua benda.

dsfgh

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Isaac Raees.

“Kalau dah jumpa nanti, mungkin saya akan cuba bawa Isaac bersama sebab tak mahu la bergantung 100 peratus dengan pembantu rumah. InshaAllah bila sempadan negara dibuka semula, saya nak bawa ibu ke Malaysia untuk menjaga Isaac sekejap,” katanya kepada mStar.

Saya rasa jaga anak memang buat kita cepat turun berat badan sebab kadang-kadang tak sempat nak makan.

ZAHIRAH MACWILSON

PELAKON

Zahirah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi untuk Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM 31) di Hotel Royal Chulan The Curve, Mutiara Damansara, pada Rabu.

Sementara itu, bercakap soal penampilannya yang semakin langsing tidak ubah seperti sebelum berkahwin, Zahirah berkata, dia tidak mengamalkan sebarang diet atau gaya hidup sihat.

Namun menurut Zahirah, berat badannya susut mungkin disebabkan terlalu sibuk menguruskan anak sulungnya.

“Ramai yang ingat saya bersenam, tetapi sebenarnya tidak. Saya tak amalkan diet mahupun sebarang senaman.

rgt

Zahirah masih kelihatan langsing walaupun baru lepas melahirkan.

“Saya makan je semua benda, yang manis-manis pula tu. Rasanya kena jaga lepas ni takut kena kenc1ng manis pula.

“Saya rasa jaga anak memang buat kita cepat turun berat badan sebab kadang-kadang sampai tak sempat nak makan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat itu juga meluahkan rasa bangga dengan pencapaian filem tersebut yang mendapat sambutan walaupun ditayangkan ketika negara sedang dilanda pandemik Cov1d-19.

Tambahnya lagi, dia gementar apabila mendapat tahu filem pertamanya itu dicalonkan untuk bertanding dalam FFM31.

zahirah

Zahirah gembira filem Bulan Dan Pria Terhebat dapat sambutan.

“Saya sangat bangga dengan projek ini sebab kita shoot pada 2018 dan ditayangkan pada 2020, waktu itu tengah pandemik. Risau juga kalau tak dapat sambutan, tapi Alhamdulillah dapat maklum balas yang baik daripada penonton.

“Rasa nervous juga sebab ini merupakan kali pertama berlakon filem dan masih belum matang lagi dari segi lakonan. Saya tidak meletakkan apa-apa harapan untuk dicalonkan dalam mana-mana kategori tetapi bersyukur sekiranya ada,” kata Zahirah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*