Pelakon kacak, Mas Khan menerusi platfom media sosialnya berkongsi detik bahagia apabila melamar kekasihnya, Diana Nasimuddin sebagai calon isteri. Tahniah!
Marry me?
Menerusi video dikongsi di TikTok, memaparkan pelakon Cindai ini sedang melutut dan menghulurkan sebentuk cincin sebagai tanda lamaran kepada buah hatinya. Apa yang lebih menarik perhatian lagi, pasangan ini dilihat berpegangan tangan dan menari menikmati momen-momen indah tersebut. Ujar Diana Nasimuddin, bakal suaminya mempunyai hati yang baik, dan begitu mengambil berat mengenai ibunya.
Bismillah. I sayang awak dengan sepenuh hati. Jalan menuju halal 18.11.2021. Setiap kali you nak jumpa you punya girlfriend,you rasa excited. Walaupun you dengan your girlfriend dah setahun lebih and you still rasa kehangatan tu.
Mengulas lebih lanjut, Mas Khan dilihat gagal menahan sebak selepas Diana bersetuju untuk berkahwin dengannya dan sekali gus menjadi peneman hidup.
Saya cuma nak cakap saya begitu gembira dengan awak sekarang. Saya sentiasa bersama dengan awak walaupun apa yang terjadi tak ada benda yang boleh ubah perasaan itu dekat awak. Saya cuma nak cakap saya sayang awak sangat dan kita pergi pelamin. InsyaAllah.
Video penuh:
Komen Netizen :
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : oh bulan
Leave a Reply