“Alang-Alang Nak Buat Biar 1st Class”- Fizo Omar Labur RM1 Juta Usahakan ATV Park

Siapa sangka perniagaan ATV Park yang diusahakan Fizo Omar, mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan penggemar sukan l4sak tanah air.

Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan, usahawan selebriti ini menambah lima unit ATV di cawangan Kelantan dan 10 unit ATV lagi untuk cawangan keduanya di Janda Baik.

Penat Lelah Terbalas Dapat ‘Feedback’ Pelanggan Puas Hati
Dengan penambahan unit ATV, usahawan selebriti ini maklumkan ramai pelanggan berasa puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan ini membuatkan Fizo berasa segala penat lelah berbalas.

Fizo juga mengatakan bukan mudah untuk mengusahakan ATV Park, kerana harus mengikut spesifikasi ATV yang betul dan aspek keselamatan juga diambil kira selain ingin berikan pengalaman keseronokan kepada pelanggannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)


“Total 30 ATV dan 8 fun trail obstacle di @fj_atv_bidaisari dan InsyaAllah banyak lagi akan datang.

Alhamdulillah baru saja 2 bulan buka ATV Park Abe Joe yang ke2 di Janda Baik selepas 6 bulan ATV Park yang pertama di @rocky_atv, Kelantan. Sambutan sangat-sangat luar biasa dan masalah utama adalah jumlah ATV tak cukup!! Masalah yang baik sebenarnya!

Jadi Abe Joe tambah lagi 10 unit di @fj_atav_bidaisari dan 5 unit lagi di @rocky_atv. Jadi rasa sangat berbaloi lah dengan pelaburan dan pen4t lel4h nak set up ATV Park ni.

Bukan senang wooo.. Jalan off road fun trail ni bukan boleh main buat je, kena ikut spec ATV dan yang paling penting pelanggan berseronok dan keselamatan yang pertama.” Jelasnya

Melabur RM1 Juta Lebih Usahakan ATV Park
Dalam perkongsian Fizo di Instagram nya pagi ini, pelakon kacak ini sebenarnya melabur RM1 juta bagi mengusahakan perniagaan tersebut.

“Jumlah semua dah RM1 juta lebih dah labur untuk ATV ni, alang-alang nak buat biar 1st class terus.

ATV yang digunakan bukan biashe-biashe, 4×4, power steering, enjin CVT, touring pilot seat, dan macam-macam spec lagi lah yang kosnya setiap unit tu hampir RM30K dan RM40K lah sebijik.

Jadi kalau korang nak rasa ATV sebenar atas trail yang seronok, boleh lah datang ke @fj_atv_bidaisari di Janda Baik dan @rocky_atv di Pasir Puteh, Kelantan.” Kongsinya lagi

Dimaklumkan Fizo bakal buka cawangan ATV Park yang baru tak lama lagi, mesti menarik! Agak-agak destinasi mana pilihan Fizo ya?

Sumber:Murai m

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :https://www.dnq.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*