Kuala Lumpur: Pelakon utama drama Diari Seorang Suami di TV3, Yuna Rahim, 26, takut untuk berkahwin walaupun kini usianya sudah sesuai untuk melangkah ke fasa hidup berumah tangga.
Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abd Rahim berkata, dia mungkin bersedia mendirikan rumah tangga kira-kira 10 tahun lagi sekiranya dalam tempoh itu bertemu calon suami yang sesuai.
View this post on Instagram
“Perkahwinan satu tanggungjawab yang sangat besar dan bila kita dah pegang tanggungjawab itu, maka kena tunaikan dengan sepenuh hati dan buat betul-betul.
“Jangan pula fikir nak kahwin itu sekadar mahu lepaskan apa yang diingini saja. Kena faham bahawa perkahwinan adalah satu permulaan hidup yang baharu. Jadi, untuk saya sebenarnya memang takut nak berkahwin,” katanya kepada Harian Metro.
Yuna yang ditemui pada sidang media secara virtual drama Diari Seorang Suami baru-baru ini berkata, walaupun kini dia berada pada usia yang sesuai untuk berumah tangga, tetapi baginya sekarang bukan masa untuk bergelar isteri orang lagi.
“Perkahwinan adalah tanggungjawab yang amat besar untuk digalas. Jadi, saya kena fikir lebih 10 kali dulu kalau nak berkahwin. Kena tengok juga pasangan kita itu macam mana pula orangnya sebab ikatan perkahwinan ini bukan main-main.
“Ia turut membabitkan ikatan hubungan dua keluarga kerana selepas berkahwin, kita bukan hanya menjalani kehidupan dengan pasangan saja, tetapi keluarga mentua juga. Jadi, mungkin saya akan sedia berkahwin 10 tahun lagi, insya-Allah. Malah, dalam tempoh yang ada ini, nampaknya saya kena cari betul-betul calon suami yang sesuai,” katanya.
Menurut Yuna, dia jadi takut dan sangat berhati-hati untuk berkahwin apabila melihat banyak pengalaman orang terutama daripada kawan-kawannya sendiri berkenaan kehidupan alam rumah tangga.
View this post on Instagram
“Apapun, yang pasti sekarang saya belum terfikir nak bercinta lagi. Jadi, kalau rasa ingin bercinta pun belum ada, apatah lagi mahu berkahwin. Dari situ, tengoklah macam mana nanti, kalau ada (jodoh) ada lah, jika tak ada tidak mengapa,” katanya.
Menerusi drama Diari Seorang Suami itu, Yuna melakonkan watak Neesa iaitu gadis berusia 18 tahun yang berkahwin muda, tanpa restu keluarga bersama kekasihnya, Hairi yang dilakonkan Afieq Shazwan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : hmetro
Leave a Reply