Status peserta dari seberang Gegar Vaganza Lapan (GV8) iaitu Upiak Isil sudah enam tahun bergelar j4nda.
Pencerai4n pada perkahwinan dahulu adalah atas permintaannya sendiri dan bukan daripada bekas suaminya.
Upiak Isil, 37, punca pencerai4nnya adalah kerana disebabkan bekas suami menginginkan seorang isteri yang mampu menjadi suri rumah.
“Sebaliknya, saya yang ikhlaskan dia untuk mencari wanita lain kerana diri terlalu sibuk dengan aktiviti seni. Keputusan berpisah dicapai bersama sebab dia pun memang mengharapkan mempunyai isteri yang mampu cuma duduk di rumah, yang mana, saya tak boleh pikul tanggungjawab itu.
“Rumah tangga yang dibina pada tahun 2013 itu cuma bertahan selama dua tahun saja. Jodoh kami tak panjang dan tidak juga punya anak. Khabarnya, dia juga sudah bernikah dengan wanita lain kini,” ujarnya lagi.
Penyanyi kelahiran Bukit Tinggi, Sumatera Barat ini mengatakan selepas bertukar status, dia sering didekati lelaki bermata duitan yang menganggap dirinya seorang wanita berduit.
Kejadian itu sedikit sebanyak menimbulkan ketidak selesaan untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.
“Penatlah. Janganlah lelaki-lelaki yang nak mendekati ini merasakan yang saya ini banyak duit. Saya cari duit untuk makan, bayar segala bil, segala hutang dan berikan kepada orang tua. Janganlah lelaki ini cuma memandang saya ini kaya.
“Pernah tahu, sebelum ini saya kenal dengan beberapa orang lelaki yang bersikap begitu. Sampaikan makan pun saya yang selalu kena bayar. Kalau saling memberi, saling menerima, lainlah juga bukan.
“Bukankah tanggungjawab lelaki itu untuk perempuan? Kalau rokok pun minta saya yang belikan, tak mahulah saya!” katanya.
Namun begitu, kata penyanyi lagu Tak Tun Tuang ini, dia tidak serik dan bersedia untuk mengenali hati budi mana-mana lelaki yang ikhlas dan rajin bekerja.
Upiak Isil merupakan salah seorang wakil dari Indonesia di dalam GV8 dan peserta lain adalah Aweera, Azan (Scan), Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki Palikat, Nico, Saiful Apek dan Yassin Senario termasuk Alif Aziz mewakili Singapura.
Juara GV musim ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: Ohbulan
Leave a Reply