“Pasangan muda zaman sekarang bangga tayang tidak berpantang..”- Maryam masih terima krit1kan berhubung isu pantang

Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam dari DurianKimchi dikurniakan cahaya mata sulung pada Oktober lalu. Bagaimanapun, Maryam menerima kritik4n dan kec4man apabila ada sesetengah golongan mencari salahnya dalam proses berpantang.

Melalui perkongsian terbaru Ryzal di akaun Facebook Duriankimchi, pasangan ini berkongsi foto ingin bercuti di Langkawi. Namun, ada seorang individu memberikan komen tentang pasangan muda zaman ini tidak berpantang dan bangga tayang diri baru lepas bersalin.

Katanya, pasangan muda bangga menayang diri yang baru lepas bersalin dan makan hanya ikut suka sahaja. Individu tersebut juga berkata, pada zaman dia berpantang, hampir dua tahun dia menjaga pemakanan dan tidak boleh melepaskan rambut supaya rambut yang tercabut tidak jatuh kemana-mana.

Tambahnya lagi, walaupun anaknya sudah berusia 22 tahun dia masih lagi mengekalkan tubuh badan yang ideal dan perut yang tidak buncit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Walaubagaimanapun, komen individu tersebut juga mendapat kritikan daripada sesetengah individu yang tidak bersetuju dengan individu tersebut.

“Bab pantang ni…mereka masih ada mak ayah adikbrdk..biar mereka sahaja yg layak nk nasihat kn mereka…kite org luar jgn over sgt nk nasihat apa2…sbb susah senang dorg..fmily dorg yg tolong…org luar kurg..kalau dorg sakit pn family gak yg tolong jaga…mungkin cara org korea lain diorg berpntg…mungkin isteri nye lebih selesa cara org sana..kite jgnla pakse2 ikut cara sini….jnji die jaga pemakann die rjin excersice..tu dh kire cukup in sha allah sihat smuanya….

“ishh.. xdak bukti saintifik pun pantang mcm org melayu tu sihat seumur hidup . besalin ni semua wanita di dunia melahirkan anak. sama saja proses rahim tu.. dlm islam xdak larang2 mcm ini mcm itu. mudahkan benda yg mudah. jgn serabut..

“Ramai org x paham istilah berpantang tu apa,,, berpantang tu penjagaan makan,pengambilan ubatan,vitamin,cara jaga baby…tu terpulanglh pada induvidu nk ikot pantang style moden ke traditional….jji sihat….

Aq pantang jugak pantang jumpa makanan sedap ilg diet..

“Secara lumrannya kesihatan kita ni terutama kaum perempuan bukan msa berpantang saja kena berjaga jaga..kesihatan ni kena jaga hari hari..makan makanan berkhasiat,jauhi stress,tidur cukup,bersenam dsbgainya..ikut kajian org korea dan org jepun ni ramai yg panjang umur..tua pun masih sihat dan cergas..disebabkan gaya hidup dan gaya pemakanan mereka..jrg Jrg or korea dan jepun ni yg obesiti..”

Ryzal mempertahankan Maryam

Terdahulu, Ryzal pernah tampil mempertahankan Maryam dengan mengatakan Maryam hanyalah mengubah agama dan bukan mengubah budaya.

Tambahan lagi, Ryzal juga turut membayar Confinement Lady untuk membantu Maryam menjalani pantang secara Tradisional.

“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia.

“Saya minta hajjah, makcik, akak serta semua di sini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya.” katanya.

Maryam melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Rina pada 20 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Mereka yang menetap Seoul sebelum ini mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: Facebook Duriankimchi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*