[VIDEO] “Puas Hati Aku…” Gadis Kenakan Semula Penjual Aiskrim Bikin Dek4h

Siapa yang tidak kenal dengan Nurhayati Tahir, gadis viral yang berasal dari Besut,Terengganu yang menghasilkan video menggunakan loghat unik dan mula terkenal setelah memuat naik video berkenaan di laman sosial Facebooknya.

Nurhayati sebelum ini mendapat perhatian netizen kerana banyak menghasilkan video gurauan tetapi sarat dengan mesej dan dekat dengan kehidupan masyarakat.

Selain itu, videonya tular kerana loghatnya dan aksi yang bersahaja mencuit hati, membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya tidak kering gusi.

Nurhayati berkata ketika dijemput ke rancangan Motif Viral, lenggok dan cara bercakap loghat siam dalam videonya itu adalah sama seperti percakapan harian ibunya menyebabkan dia terikut-ikut.

Tambahnya, dia juga tak menyangka video pertama dimuat naik sehari sebelum puasa menjadi tular sehingga mencecah 2 juta tontonan.

Nurhayati Tahir Kenakan Semula Penjual Aiskrim Bikin Dek4h

Mesti anda pernah melihat gelagat penjual aiskrim yang sering mengusik pelanggan mereka semasa memberikan kon aiskrim yang dibeli. Sama macam situasi yang dilalui gadis ini yang turut melalui situasi yang sama namun ada perkara lain yang menarik perhatian ramai selepas itu.

Semuanya apabila gadis itu memilih untuk membalas semula usikan itu dan mengenakan penjual aiskrim itu pada akhirnya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat sedang menunggu aiskrim yang dibelinya disiapkan oleh penjual aiskrim itu. Biasanya untuk aiskrim seperti itu, penjual pasti akan mengusik pelanggan dengan tidak memberikan aiskrim itu dengan mudah seperti biasa.

Malah pelanggan perlu mencuba beberapa kali sebelum akhirnya berjaya mendapatkan aiskrim mereka. Apa yang menarik perhatian ialah gadis itu kemudian kembali mengenakan semula penjual itu selepas menerima aiskrimnya.

Dia turut mengusik penjual itu semasa ingin melakukan pembayaran sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Gelagat selambanya ini turut membuatkan netizen berasa puas hati apabila penjual aiskrim itu pula yang menjadi mangsa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat cubaan gadis itu mengenakan semula penjual aiskrim itu. Ada yang berseloroh tentunya penjual itu berasa trauma berjumpa dengan pelanggan sepertinya ini.

“Puas hati aku kak.”“Mesti dia trauma dapat customer macam ni.”

Bukan saja ngajuk loghat Siam

“BUKAN saja-saja nak mengajuk loghat Thailand, saya memang ada darah keturunan Siam,” kata Nurhayati Tahir, 26, yang popular di media sosial menerusi videonya yang bercakap menggunakan loghat Thai.

Nurhayati berkata, lenggok dan cara bercakap loghat Thailand dalam videonya itu adalah sama seperti percakapan harian ibunya menyebabkan dia terikut-ikut.

“Sejak sekolah sudah menjadi tabiat saya mengajuk loghat Thailand dan ramai kawan suka melihat telatah saya bercakap seperti itu lalu timbul keinginan mahu berkongsi di Facebook.

“Saya tak sangka video pertama dimuat naik sehari sebelum puasa (26 Mei) menjadi tular sehingga 1 juta tontonan dalam sehari,” katanya yang berasal dan tinggal di Besut, Terengganu.

Menurutnya, video pertama bertajuk ‘Berhutang Tak Reti Bayar’ itu menerima reaksi positif netizen kerana memberi mesej yang tersendiri dalam cara penyampaian humor dan bersahaja.

Nurhayati berkata, sejak video itu tular, ramai menghubunginya meminta untuk memuat naik video seterusnya.

“Tidak kurang juga yang kecam tetapi saya ambil positif kerana ada komen memberi nasihat yang tidak menjatuhkan saya. Kecaman tidak akan menghalang saya untuk terus berkongsi.

“Video saya ada mesej dan mengikut situasi serta isu semasa sebagai teguran kepada diri sendiri dan masyarakat,” katanya yang sudah berkahwin Januari lalu.

Video yang disunting sendiri itu kini menghasilkan pendapatan tambahan apabila ada pihak membayar untuk disiarkan di blog mereka.

Menurut Nurhayati, dia turut menerima tawaran lakonan dan masih mempertimbangkan tawaran itu.

“Yang belakang macam tak puas hati je.” Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : trendingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*