MANUSIA hanya mampu merencana, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi pasangan ini yang divji saat menjelangnya hari bahagia mereka.
Ketika segala persiapan untuk meraikan detik bersejarah dalam hidup mereka sudah hampir sempurna sepenuhnya, tanpa disangka, bakal pengantin lelaki terlibat dengan kemlangan jalan raya yang hampir mergut nywa, dua minggu sebelum tarikh ijab kabul.
Gara-gara kecelkaan tersebut, tarikh majlis pernikahan terpaksa ditunda sehingga pengantin lelaki pulih daripada kecedraan yang dialaminya.
Mengimbas kembali tragdi hitam yang berlaku awal Oktober lalu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Piya Fadzill berkata ketika kejadian, suaminya, Bizawira Putra, 24, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menunggang motosikal.
“Dalam perjalanan pulang ke rumah berhampiran Jalan Telaga Simpul, Kemaman, suami kena gil!s dengan lori tanah. Dia alami cedra parh daripada bahagian peha ke bawah.
“Masa kejadian, saya di rumah. Saya dapat berita mengejutkan itu apabila tergerak nak WhatsApp adiknya, bertanya dia dah balik kerja ke belum. Tak sangka, adik dia beritahu yang abangnya kemalngan.
“Saya mula-mula ingatkan kemalngan biasa saja. Tapi masa di hospital, doktor maklumkan keadaan sebenarnya. Ketika itu tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya.
“Memang tak fikir majlis kahwin dah, apa yang saya tahu, saya tak henti-henti berdoa semoga dia cepat sembuh, cepat sedarkan diri. Masa itu saya hanya berdoa, reda dan menyerahkan semuanya kepada Allah,” kata wanita berusia 23 tahun ini.
Suami Piya terlantar selama kira-kira sebulan di hospital akibat kecderaan parh daripada bahagian paha ke bawah.
Menurut Piya, akibt kemalngan ng3ri tersebut, tulang keting kanan suaminya hancr selain mengalami keretkan pada lutut, patah paha kanan, path tangan kiri, keretkan tempvrung kepala dan gegaran ot4k.
Suaminya juga terlantar kira-kira sebulan di hospital, termasuk terpaksa ditidurkan selama seminggu.
“Dalam tempoh itu, saya hanya mendapat berita perkembangan dirinya daripada ayah mentua yang menjaganya selama di hospital.
“Kedua-dua keluarga dan rakan-rakan tak henti-henti buat solat hajat dan berdoa moga dia sedar dan kembali pulih. Alhamdulillah, berkat doa semua, dia sedar dan menunjukkan perkembangan positif.
“Saya dan keluarga bersyukur sangat-sangat sebab dia diberi peluang kedua,” ujarnya.
Setiap percintaan, kalau kita ikhlas dengan pasangan, susah atau senang dia, kita kena bersama-sama. Itulah yang menguatkan sesebuah percintaan.
PIYA FADZILL
Tambah Piya, sungguhpun ketika itu suaminya mengalami kecedraan parh dan mempunyai harapan tipis untuk selamat, namun dia tetap yakin dengan qada serta qada Allah, malah memilih untuk setia menunggu.
“Setiap percintaan, kalau kita ikhlas dengan pasangan, susah atau senang dia, kita kena bersama-sama. Itulah yang menguatkan sesebuah percintaan.
“Dalam pada itu, sokongan keluarga juga sangat penting ketika dilanda ujian macam ni.
“Kita kena percaya, setiap ujian ada hikmah. Kita tak tahu apa yang akan jadi. Allah duga ni ada maknanya, untuk angkat darjat kita menjadi lebih reda dan sabar,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka akhirnya selamat diijabkabulkan pertengahan November lalu dalam suasana yang sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Piya akhirnya diijabkabulkan dengan suaminya pada pertengahan November lalu.
Sekadar membuat perkongsian pengalaman di aplikasi TikTok, Piya sama sekali tidak menyangka dihujani dengan kata-kata semangat dan doa daripada netizen yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
“Kami rasa bersyukur dapat disatukan akhirnya. Walau dalam keadaan macam ni, sekurang-kurangnya saya boleh jaga suami. Sekarang ni suamu masih perlu guna wheelchair dan jalani rawtan berkala untuk cuci lvka.
“Saya tak ada niat nak viral, sekadar muat naik untuk kenangan saja. Bagi yang ada suami atau orang tersayang diuji sakit, kita kena jadi sistem sokongan mereka. Jangan bagi mereka down, bagi mereka semangat dan jangan tlnggalkan mereka.
“Sekali lagi saya minta doa supaya terus mendoakan kesembuhan suami, cepat boleh berjalan dan pulih seperti biasa. Kita tak tahu, dalam doa ramai orang, mungkin ada yang Allah angkat,” katanya lagi.
Sehingga kini perkongsian Piya di aplikasi TikTok meraih melebihi 100,000 jumlah tontonan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : https://www.mstar.com.my/
Leave a Reply