SAAT kelahiran insan yang tersayang adalah antara momen sering dinanti-nantikan setiap pasangan.
Proses kelahiran ini kata orang umpama peperangan bagi si isteri yang terpaksa berdepan dengan rasa sakit umpama 20 tulang dalam badannya patah serentak.
Justeru itu, pentingnya buat suami berada di samping isterinya yang sedang bertarung melahirkan zuriat mereka.
Berkongsi pandangannya itu Ahmad Mukhlis Mohd Rosdi, 30, berkata kehadiran suami ketika isteri melahirkan bukan hanya sekadar untuk membisikkan kata-kata semangat, bahkan untuk menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan si isteri buat keluarga.
View this post on Instagram
Berkongsi video dia menemani isterinya, Nazreen Azura Abd Karim, 27 ketika mel4hirkan anak mereka yang kedua pada 16 November lalu, Ahmad Mukhlis yang mesra dipanggil Kelis berkata pengalaman melihat isteri bert4rung ny4wa boleh membuatkan si suami lebih menghargai isteri.
“Dia bert4rung ny4wa untuk melahirkan anak jadi mesti dia nak suami ada bersamanya.
“Kita yang bersun4t masa kecik pun nak mak ayah teman, inikan isteri yang terpaksa menanggung rasa sakit yang berpuluh kali ganda, tentulah dia nak kita ada dengan dia.
“Jangan biarkan isteri sakit seorang diri kita perlu teman isteri bert4rung ny4wa supaya kita akan rasa lebih menghargai isteri kita,” katanya yang menetap di Kota Bahru, Kelantan.
Tangkap layar video yang dikongsikan Kelis di media sosialnya.
Mengakui perasaannya sendiri bercampur baur setiap kali menemani isterinya dalam dewan bers4lin, Kelis berkata suami perlu melawan rasa takut dan mencabar diri mereka untuk menemani isteri masing-masing.
“Setiap kali teman isteri perasaan saya bercampur baur, risau, sedih, gembira dan tak sabar nak tunggu baby keluar.
“Masa teman dia sy non-stop suruh dia mengucap, sebut “la ilaha illa antasubha naka inni kuntuminazzolimin”, istighfar, selawat dan memuji Allah.
“Kemudian saya cakap dekat dia “baby tak sabar nak jumpa ibu dia” so that dia lebih bersemangat untuk men3ran,” katanya, menambah dia juga akan membaca surah Maryam.
Kelis bersama isteri dan anak sulungnya.
Menurut Kelis, isterinya itu bertarung sekitar empat jam sebelum lahirnya puteri sulung mereka yang diberi nama Aminah.
“Bila sakit, isteri saya akan genggam tangan saya sampai merah, ada la dekat seminggu baru hilang.
“Tapi parut bekas luka sebab tertusuk kuku dia masih ada lagi sampai sekarang,” selorohnya.
Anak kedua Kelis selamat dilahirkan selepas sekitar empat jam ibunya bertarvng di dewan bers4lin.
Dia bagaimanapun menegaskan bahawa peranan suami bukanlah sekadar menemani isteri di dewan bers4lin.
“Jangan biarkan isteri kita jaga anak seorang diri lepas tu nak kena kemas rumah sorang-sorang lagi,” tambahnya.
Menurut Kelis, kebiasaannya dia bersama mentuanya akan menjaga isterinya sepanjang tempoh berpantang.
Setakat ini video yang dikongsikan Kelis di akaun TikToknya itu mendapat lebih satu juta tontonan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : mstar
Leave a Reply