“Ada Ketikanya Saya Let1h Tapi …” – 5 Tahun Belajar, Aina Abdul Akhirnya Genggam Ijazah Sarjana Muda Muzik!

Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa syukur akhirnya berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 28, mengakui suk4r untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama.

“Saya dah habis belajar tahun lalu, tetapi majlis konvokesyen ditangguhkan kerana p4ndem1k C0VlDl9.

“Alhamdulillah, akhirnya majlis graduasi berlangsung semalam dan saya secara rasminya telah berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda.

“Bukan mudah untuk saya belajar dan bekerja dalam masa yang sama tetapi saya tetap berusaha mahu menamatkan pengajian. Ada ketika saya rasa let1h tapi saya harus mencuba bersungguh-sungguh.

“Saya pernah menangguhkan pengajian pada penghujung 2014 kerana menyertai Mentor Legend. Selepas itu, saya mula mencari tapak dalam bidang seni dan pada masa yang sama menyambung pengajian.

“Saya sedar yang menyanyi sahaja tidak cukup, saya harus melengkapkan ia dengan ilmu. Lagipun, saya belajar dalam bidang muzik juga, jadi saya banyak aplikasikan apa yang saya pelajari dalam kerjaya harian saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Pelantun lagu Semalam, Sump4h dan Sepi ini juga berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan dorongan positif.

“Keluarga, pensyarah, pihak universiti dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan tak berbelah bahagi.

“Peminat saya, Ainations juga menjadi penguat semangat untuk saya melangkah lebih maju. Setiap kali jika saya rasa lemah semangat, saya terus teringat orang yang menyokong saya.

“Saya tak boleh berhenti kerana ramai yang memberikan sokongan serta aura positif untuk melihat saya melangkah jauh. Saya harus banggakan mereka,” katanya lagi.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*