Kekok Bahasakan Diri Sebagai ‘Ibu’, Rupanya Ini Individu Yg Jadi Ibu Susvan Ayash Affan. Bukan Orang Lain Pun

Sebelum ini, terdapat ramai pihak serta rakan artis yang menawarkan diri ingin menjadi ibu susvan kepada Ayash Affan. Namun begitu, Shuib menjelaskan bahawa dia lebih selesa sekiranya ibu susvan kepada anaknya itu tergolong daripada dalam kalangan ahli keluarganya sendiri.

Adik Ipar jadi ibu susvan

Menerusi perkongsian video di TikTok, Hidayah Abdullah yang merupakan adik ipar kepada Allahyarh4mah Siti Sarah kini dikatakan bertanggungjawab menjaga Ayash Affan.

Meskipun, dia tidak melahirkan Ayash Affan dari rahimnya, namun Hidayah akui bahawa dia lebih suka membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’ walaupun agak kekok apabila di hadapan keluarga besar mereka.

Bila sembang berdua dengan Ayash, aunty suka bahasakan diri aunty ‘ ibu’. Ayash pun anak aunty. Walaupun bukan dari rahim aunty.

Tapi aunty kekok nak bahasakan ‘ibu’ depan keluarga.

Ujarnya lagi, dia bersama Allahyarham4h Siti Sarah sering membahasakan diri mereka sebagai ibu apabila bercakap dengan anak-anak.

Video berdurasi 20 saat itu meraih lebih 814 ribu tontonan dan mendapat lebih 74 ribu tanda suka di TikTok.

‘Anak ketiga saya’

‘Bila tengok Ayash Affan teringat dekat arw4h’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sed1h apabila mengenangkan nasib yang men1mpa Ayash Affan. Malah ada juga di antara mereka yang turut merindui Allahyarham4h Siti Sarah.

Shuib Akhirnya Kongsi Perbualan Terakhir Arw4h Siti Sarah Sebelum Ditidurkan

“YOU jangan nangis… daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”

Itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh penyanyi Allahyarh4m Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Cov!d.19 pada 6 Ogos lalu.

Rakaman perbualan terakhir Siti Sarah bersama suaminya pelawak Shuib diselitkan dalam video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat.

Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, 37, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di MATIC, Kuala Lumpur kira-kira-kira tiga tahun lalu.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarh4m Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arw4h untuk ditidurkan.

Shuib hasilkan MV Tinggalkan Diriku dalam bentuk animasi.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarvng nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.

Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu, Shuib meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.

“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan… you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita tengok baby kita.

“Ibu… sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.

Siti Sarah ditidurkan kerana kekurangan oksigen pada 6 Ogos lalu.

Siti Sarah, 37, menghembusk4n nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Cov!d.19.

Allahyarham menjalani pembedah4n bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

TONTON PERBUALAN TERAKHIR ARW4H DALAM MV LAGU TINGGALKAN DIRIKU!

Berkongsi mengenai penghasilan MV tersebut, Shuib berkata penyampaian Siti Sarah sungguh berbeza dalam lagu berkenaan kerana arw4h seolah-olah sudah mengetahui ajalnya bakal tiba.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.

Tinggalkan Diriku merupakan ciptaan Aidit Alfian. Lagu ini dirakam pada tahun 2002 dan dilancarkan pada tahun 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.

Lagu ini sudah berada di semua platform digital dan MV pula akan disiarkan melalui YouTube Shuib Channel mulai Jumaat.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*