Kec0h K0nonnya P3luk ‘Wanita’ Di Set Penggambaran, Ini Penjelasan Syafi Tee “Aku suka kac4u orang”

Tular sepotong video di platform TikTok, anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Syafi Tee didakwa mem3luk seorang figura seperti wanita.

Difahamkan, video terbabit pada mulanya dikongsikan di akaun jurusolek selebriti bernama Evfa yang bekerja bersama-sama dengan Syafi untuk penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai yang tersalah anggap dan membuat pelbagai spekulasi terhadap visual Syafi mem3luk Evfa ketika di set penggambaran terbabit.

Tampil menjelaskan perkara terbabit, kata Syafi, 28, situasi sebenar bukanlah seperti yang difikirkan oleh netizen.

“Okey satu bendalah, kalau korang tak tahu perangai aku sebenarnya aku ni memang gil3 sikit kat set. Aku suka k3cau orang.

“Dan kenyataan wanita itu, dia bukan wanita. Saja je kan. Tapi yalah, aku minta maaf, aku akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

Perkongsian Syafi juga mendapat perhatian pengikut Instagramnya yang memberikan respon terhadap laporan terbabit.

Tulis individu berkenaan menerusi kiriman mesej langsung; “Kenapalah dia tak tahu kak Efva tu ‘pro max’.

“Video berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan oleh Evfa.

5 FAKTA TENTANG PELAKON KACAK SYAFI TEE, ANAK KEPADA PENDAKWAH BEBAS PROF DR RIDHUAN TEE

Wajah lelaki ini kerap muncul di kaca televisyen. Namun, masih ramai yang tidak tahu bahawa Syafi Tee merupakan anak kepada pendakwah bebas terkemuka, Prof Dr Ridhuan Tee. Ini lima fakta tentang pelakon yang berusia 28 tahun itu.

Menyertai DFKL2019

Sebelum ini, tidak terlintar di fikiran Syafi untuk bergelar pelakon. Namun, ketika hampir tamat pengajian dalam jurusan Teknologi Pembuatan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Syafi melibatkan diri dalam program Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019). Penglibatan yang pada mulanya sekadar suka-suka akhirnya membuka pintu ke dunia lakonan buat Syafi.

Watak gedik

Drama Tuan Danial merupakan karya pertama lakonan Syafi. Menerusi drama tersebut, Syafi memberitahu bahawa dia memegang watak sebagai Tuan Hatta yang berperangai ged1k.

Tidak mahu bersentuhan dengan perempuan

Menurut Syafi atau nama sebenarnya, Mohd. Syafi Mohd. Ridhuan Tee, walaupun diberi kebenaran untuk bergelar pelakon oleh bapanya, namun, dia masih perlu menjaga batas seperti elak sentuhan sesama bukan muhrim. Namun, menurut Syafi, jika perlu bersentuhan sekalipun, perlu berlapik dan ia harus dibincangkan dengan pengarah.

Impi watak antagonis

Anak kedua daripada enam beradik itu enggan dilabel sebagai pelakon yang hanya membawakan watak baik sahaja. Menurut Syafi, dia ingin sekali membawakan watak yang jauh berbeza dengan raut wajahnya seperti watak perogol, penjahat, psiko, orang gila, aksi pertarungan dan lasak.

Aktif berlakon

Sehingga kini, Syafi telah muncul menerusi beberapa drama bersiri seperti Tuan Danial, Ironi Kasih, Pink Smile, Hadiah Dari Tuhan dan Romantika 4 Hari 3 Malam. Selain itu, dia juga muncul menerusi tiga buah telefilem iaitu #SoKampung, Tragedi Balik Kampung dan Jefri Haji Muda.

Sumber: Gempak

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*