
Tldak dinaflkan, masih terdapat anak yang menyerahkan soal jodoh kepada ibu bapa. Bkan terlalu memilih, namun pelbagai faktor menyebabkan mereka bersetuju sahaja dengan pilihan orang tua.
Mungkin situasi tersebut boleh dikaitkan dengan seorang pemuda ini yang gementar apabila kali pertama bertentangan mata dengan bakal isterinya.
Kisah pemuda itu dikongsi oleh adik perempuannya yang dikenali sebagai Bibi Eddy dengan memuat naik satu rakaman video menerusi aplikasi TikTok.
Menurut Bibi, abangnya jelas kelihatan ‘nervous’ namun cuba bertenang ketika berkunjung ke rumah ibu bapa bakal isterinya bersama beberapa ahli keluarga lain.
“Abang saya kali pertama jumpa bakal isteri dia. Sebelum ni tak pernah jumpa langsung, nampak gementar dia..,” tulisnya.
Selain itu, dia juga berkongsi satu lagi video memaparkan wajah bakal kakak iparnya yang dilihat duduk tersenyum tldak jauh dari lelaki berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, video pertama yang meraih hampir 850,000 tontonan itu mendapat pelbagai reaksi netizen dimana rata-ratanya memuji ketampanan lelaki selain berseloroh dengan bertanya Bibi sekiranya memiliki abang lain yang masih bujang.
Malah, segelintir netizen mengatakan wajah bakal isteri abangnya kelihatan seiras seperti pelakon popular Uqasha Senrose sekali gus tidak jemu mata memandang.
Ada beradik lelaki lain tk
Cantiknya, iras Uqasha Senrose
Jodoh pilihan keluarga ke apa?
Sama cantik sama padan
Sumber : omm
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : http://limauasamboi.pw/
Leave a Reply