Ada yang cuba jodohkan dengan Erra Fazira. Sekali ini respon Iqbal.

Usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli merasakan primadona filem Melayu, Erra Fazira mampu mendapat jodoh yang lebih baik, meskpun mengagumi pelakon berkenaan.

Iqbal berkata, dia suka dengan personaliti Erra, namun tidak berani untuk cuba mendekati kerana enggan pelakon itu mendapat kritikan ramai.

“Saya suka personaliti beliau, namun saya tidak sampai hati mengenali dekat risau @errafazira temp1s dengan kecaman orang sedangkan nama beliau sangat baik.

“Beliau lebih layak dapat lelaki yang jauh lebih baik berbanding saya,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

Iqbal berkongsi mengenai perkara berkenaan apabila ada warganet yang cuba menjodohkan dirinya dengan Erra dan suka melihat kalau mereka berdua bersama.

“Beliau lebih layak dapat lelaki yang jauh lebih baik berbading saya”-Katanya.

Pada masa sama, usahawan itu juga mendoakan agar Erra memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat serta tercapai segala yang dihajati.

“Siapapun jodoh @errafazira lindungi beliau kasihi anak dan keluarganya, saya percaya keinginanya bukan lagi harta kekayaan kerana beliau sudah punya segalanya.

“Bukan manis di bibir sahaja. Saya doakan Erra bahagia dunia berpanjangan ke akhirat dan tercapai segala doa dalam hati” Ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kopiplanet.

Pernah Tular Dikatakan Erra Berkahwin Dengan Ahli Politik. Sekali Ini Pulak Respon Shahir.

Sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Erra Fazira, penyanyi Shahir Zawawi berkata tidak mengetahui kesahihan berita yang mendkwa aktres itu sudah berkahwin dengan ahli politik. Tiada perasaan kecewa atau terkejut, sebaliknya Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra.

“Saya tak pasti dan tak tahu kesahihan gosip itu tapi memang ada dengar-dengar juga. Sebenarnya saya sibuk dengan urusan kerja saya. Jadi saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, benda itu baik. Bukannya kena tangkap… kalau benda baik, tak perlu terkejut. Yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagian dia. Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan bila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira,” katanya.

Shahir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program realiti Al-Hijrah di Oakwood Hotel & Resident, Kuala Lumpur pada Selasa. Sekitar awal Oktober lalu, timbul gosip mendakwa Erra sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak. Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu. Bagaimanapun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menerusi Instagram mengatakan dia enggan melayan gosip tersebut. Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia 8 ini memberitahu buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkan soal cinta dan hanya ingin fokus kepada kerjayanya sahaja.

“Sekarang saya masih belum ada kekasih… kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja. Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa. Saya ini masalah susah nak fokus dua tiga benda. Bila ada gangguan, fokus saya jadi lari. Saya tidak kata untuk sesiapa. Tapi bukan juga bermaksud saya nak lari daripada masalah. Saya jenis tak suka nak memanjangkan lagi masalah,” ujarnya. Menerusi laporan mStar pada 13 Julai 2019, Erra mendedahkan hubungan dia dengan Shahir Zawawi sudah berakhir sejak Januari namun mereka masih bersahabat baik. SUMBER: Mstar Online

Tular Gosip Panas Hubungan Erra Fazira Dengan Menteri. Sekali Erra Memberi Gambaran Seperti Memaafkan.

Selepas beberapa hari dihambat gosip panas kononnya mendirikan rumah tangga dengan seorang VVIP berstatus menteri, pelakon Erra Fazira kekal tenang menjalani kehidupan seperti biasa. Pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek itu memberi gambaran dirinya seorang yang pemaaf dan tidak suka berdendam dalam kehidupan.

“Orang yang lemah membalas dnd4m, orang yang tabah memaafkan. Orang yang bijaksana, mengabaikan. Kalian yang mana satu? Pilihlah dengan berhati-hati,” katanya menerusi satu hantaran status dalam Instagram. Terdahulu, nama Erra menjadi sebutan ramai apabila seorang warganet memetik namanya dan mendkwa dia sudah menjadi isteri kedua kepada seorang menteri.

Bagaimanapun, individu berkenaan iaitu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau telah bernikah dengan selebriti terkenal, Erra Fazira seperti yang didkwa. Erra yang merupakan bekas Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 itu mengambil pendekatan enggan mengambil pusing tentang semua dkwaan warganet dalam media sosial. “Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini? Apapun, manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya.

Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun. Sumber – K! ONLINE

Erra Dah Nafi Soal Perkahwinan Tersebut. Sekali Akhirnya Faizal Azumu Dah Tampil Jawab Adakah Dah Berkahwin Dengan Erra Fazira.

Pelakon popular Erra Fazira men.afikan khabar angin mengatakan dia sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, statusnya kini masih ibu tunggal dan belum menjadi isteri orang.  Dalam masa sama, Erra turut memohon doakan yang terbaik untuknya jika dipertemukan jodoh satu hari nanti.

“Sudah la tu….Letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.  Apa yang saya pinta, doakan saja segala yang terbaik seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti. Sekiranya masa itu tiba nanti, doakan jodoh itu yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya menerusi satu mesej. Terdahulu, nama pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia 2000 dan 2005 itu kembali menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan sudah bergelar isteri kedua kepada menteri terbabit.

Sejak semalam tular diperkatakan di Twitter seorang wargamaya berkongsi ciapan mengatakan pelakon dan penyanyi itu kini bergelar isteri kedua hasil perkahwinan di Thailand. Menerusi ciapan sama, individu terbabit turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada menteri itu tahu dirinya dimadukan atau tidak. Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, pelakon dan pengarah,  Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006. Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 tetapi turut bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Faizal Azumu Tampil Beritahu

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan laporan sebuah portal mendkwa beliau sudah berkahwin dengan selebriti terkenal tanah air, Erra Fazira. Menerusi portal tersebut, Erra Fazira dikatakan sudah berkahwin sebagai isteri kedua dengan seorang seorang ahli p.olitik.

Khabar angin yang tular menerusi Twitter sejak Ahad itu mengaitkan Ahmad Faizal sebagai ahli p.olitik yang dimaksudkan. “Tak betul,” jelas Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun ringkas pada Isnin. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu berkahwin dengan Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan mempunyai dua orang anak. Sumber : Online Malaya

Kecoh pasal Erra Fazira jadi isteri kedua ahli politik. Sekali individu ni dedahkan dari sini dia dapat info tersebut.

Sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter seorang warganet berkongsikan mengenai khabar angin mendakwa pelakon dan penyanyi Erra Fazira kini bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik.

Menerusi perkongsian di Twitter, warganet itu turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik berkenaan tahu tentang perkara itu atau tidak. Perkongsian warganet itu ternyata mengejutkan ramai serta bertanyakan dari mana mendapat khabar angin tersebut serta mempersoalkan kesahihan dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun itu hanya dakwaan warganet, tidak dapat dipastikan kesahihahn mengenai dakwaan bertebaran itu. Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun. Sumber : Rotikaya

Bukan benda yang mudah untuk lepaskan penjagaan. Terkejut bila Erra dedahkan sanggup berkorban untuk Aleesya.

Kuala Lumpur: Perkongsian penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira mengenai kekuatan melepaskan anak perempuannya, Engku Aleesya kepada bekas suami, Engku Emran ketika berpisah pada 2014 menjentik perasaan ramai pihak.

Menerusi sebuah program TV yang dihoskan Amin Idris, Erra dilihat cuba menahan perasaan ketika meluahkan perasaannya. “Bukanlah sesuatu yang mudah untuk melepaskan ‘custody’ (penjagaan). Seperti yang kita semua maklum ‘custody’ itu ialah kebanyakannya milik seorang ibu.

“Namun, saya ada sebab dan alasan saya. Pengalaman saya, tak guna jika bagi saya kedua-duanya berkeras, dua-dua berdegil. Akan ada seorang menjadi sasaran. “Maka saya memilih, walaupun kalau saya yang perlu berkorban, saya berkorban untuk anak saya. Saya tak suka berblah,” katanya.

Erra berkata, dia bukanlah seorang yang suka menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. “Seandainya semua kesalahan itu harus jatuh ke tangan saya, saya sedia terima. Ya, saya sedia terima itu adalah pendirian saya. Asalkan semua orang bahagia. Jadi saya cuba.

“Bukan sesuatu yang mudah. Satu minggu saya di rumah dan nak menerima hakikat itu sangat payah. Saya tak nak keluar rumah. Saya berbicara dengan Allah beri kekuatan dan adakah ini yang terbaik? Dalam masa satu minggu itu saya dapat jawapannya, kekuatan itu datang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan itu semuanya ialah untuk kebahagiaan terutamanya Aleesya dan keluarganya. “Banyak benda saya kena jaga. Ketika itu usianya tiga tahun. Dia tanya kenapa dah tak balik rumah? Kenapa dia kena di rumah sana lebih lama?

“Kadangkala nak berpisah itu dia menangis sebab tak cukup masa bersama emak dan emak pun tak cukup masa bersama anak. “Tapi saya terangkan kepadanya cara dewasa. Buat masa ini saja. Satu hari nanti kita doakan biar lembut hati semua orang tanpa ada perblhan.

Video dari TikTok fashaaariana yang dimuatkan di Instagram errafazira.beautyhq ini sudah mendapat tontonan hampir 19,000 peminat setakat ini. Malah ramai warganet yang memuji tindakan yang diambil Erra dalam perkara ini.

Berikut pula reaksi dari warganet

Saya pernah tengok suatu program Astro mereka jemput Erra sebagai tetamu. Erra pernah kata, dia serahkan hak jagaan kepada bekas suami sebab dia tidak mahu Alsya tu membesar tanpa kasih sayang seorang ayah sepertimana Erra telah melaluinya ketika zaman kecil dulu. Itulah pengorbanan besar Erra utk satu-satunya puterinya. Malah, Erra juga mesti kenal watak & perwatakan Engku. Sebab itu dia yakin serahkan hak jagaan kepada Engku.

Bermacam isu kesusahan rakyat sepanjang pandemik dan ada jugak orang kayangan yang cuba buat sombong. Sekali ini pesanan Erra Fazira buat ramai yang setuju.

Ketika negara berdepan dengan banyak isu kesusahan rakyat seperti kempen bendera putih yang tidak diakui sesetengah pemimpin, aktres Erra Fazira menerusi Instagramnya tampil berkongsi sebuah video teguran berhubung sikap sombong manusia.

Video berdurasi 1.55 minit tersebut memaparkan pelakon dan pendakwah terkemuka Indonesia, Oki Setiana Dewi berbicara tentang perihal sikap manusia sombong yang tidak disukai Allah SWT.

“Pernah bertemu dengan orang sombong? Atau pernahkah diri menjadi seorang yang sombong? Apa itu sombong? Sombong adalah ketika engkau menolak kebenaran dan merendahkan orang lain. Kesombongan itu membinasakan. Kesombongan engkau berasa lebih tinggi daripada orang lain. Seharusnya kita berfikir, sombong itu untuk apa?” kata Oki.

Pada ruangan kapsyen, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 47, berkata, ada kalanya manusia mungkin alpa dengan apa yang Allah pinjamkan sehingga terbit perasaan mendongak ke langit dalam diri.

“Kadangkala mungkin kita alpa dengan apa yang Allah pinjamkan. Terpukau dengan apa yang dibentangkan. Terhanyut dalam derusan nikmat dunia. Mungkin sedikit jentikan, bisikan dan teguran boleh menyedarkan jiwa-jiwa yang terapung. Terima kasih atas perkongsian ini,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat respons positif daripada pengikutnya yang berterima kasih kepada Erra kerana berkongsi nasihat baik untuk dijadikan pengajaran. Malah tidak kurang juga yang memuji bintang filem Polis Evo itu yang cukup terkenal dengan sikap yang baik dan tidak pernah menyombong diri.

Dalam minggu ini sahaja, pelbagai isu panas timbul dalam kalangan masyarakat berkenaan penganjuran kempen bendera putih yang menyaksikan ramai rakyat terjejas terpaksa meminta bantuan demi meneruskan kehidupan.

Biarpun kempen tersebut dilihat sebagai satu tindakan rasional untuk membantu golongan memerlukan, tetap ada pihak yang menyuarakan rasa tidak setuju termasuklah segelintir pemimpin negara sendiri.

Terbaharu, jutawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida dikritik apabila menganggap segelintir pihak yang mengangkat bendera putih sebagai kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan. Sumber – K! ONLINE

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  https://erakini.bbn.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*