Kekalahan Mengejut PN di PRN Melaka: Ini Kata2 Muhyiddin

BANDAR HILIR: Perikatan Nasional (PN) akan mengkaji secara mendalam punca kekalahan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian itu merangkumi jumlah pengundi yang keluar, jentera serta hal-hal lain, yang berkemungkinan mendorong kepada kekalahan parti.
Jelasnya, kajian itu penting bagi gabungan parti berkenaan untuk dijadikan pengajaran bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Kita akan buat kajian yang lebih mendalam kerana ini pertama kali PN sebagai sebuah parti gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan bekerja sebagai satu pasukan yang boleh dikatakan mantap.

“Parti akan buat kajian terhadap keputusan ini sama ada ia berkaitan jumlah pengundi keluar yang tidak besar atau disebabkan oleh jentera atau masalah lain yang tentunya akan ada banyak pengajaran diambil PN bagi menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Terdahulu, PRN Melaka menyaksikan PN hanya memenangi dua daripada 28 kerusi yang ditandingi iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan juga Bemban.
Dalam pada itu ujar Muhyiddin, kekalahan berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan permuafakatan yang terbina antara parti komponen di dalamnya.

Beliau yakin parti itu mampu menjadi pencabar utama Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

“Kita sudah berhijrah jauh dan kita yakin bahawa prinsip dan asas pembentukan bukan sahaja Bersatu tetapi yang lain juga untuk menawarkan sesuatu menarik dan mendukung kerajaan ke arah yang lebih baik.

“Itu menjadi dasar perjuangan kita… apakah saya harus tinggal prinsip itu? Tidak sekali-kali, sebab itu bagi saya kita sudah berada di sini, kita akan terus beristiqamah bergabung bersama.

“Gabungan ini juga akan bekerja lebih kuat supaya kita sebenarnya akan menjadi pencabar utama pada BN,” tambahnya

Lokman Ajak Muhyiddin Kembali Kepada UMNO

Bekas ahli MKT Umno, Lokman Noor Adam hari ini mencadangkan kepada Muhyiddin Yassin untuk kembali kepada Umno dan membubarkan Bersatu demi kepentingan orang Melayu Islam.

Bercakap kepada pemberita, Lokman berkata ini berdasarkan prestasi BN di PRN Melaka dan penerimaan pengundi Cina terhadap calon-calon gabungan itu.

Terima kasihlah Lokman, tapi kita dah berhijrah jauh’ – Muhyiddin

Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan membubarkan Perikatan Nasional dan Bersatu, sebaliknya gabungan itu akan terus menjadi pencabar utama BN dan menawarkan perubahan kepada rakyat.

Pengerusi PN itu berkata demikian bagi mengulas cadangan bekas ahli MKT Umno, Lokman Noor Adam agar Muhyiddin membubarkan Bersatu dan kembali ke pangkuan Umno.

PRN Melaka: PN tidak akan dibubar, kekalkan prinsip penubuhannya – Muhyiddin

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) tidak akan meninggalkan prinsip penubuhannya dan tidak akan dibubarkan untuk kembali bersama UMNO.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN sudah berhijrah jauh dan yakin dengan prinsip dan asas pembentukannya untuk menawarkan suatu bentuk parti yang mendukung kerajaan dengan lebih baik.
“Minta maaf. Kami berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti, menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Itu menjadi dasar perjuangan kita. Sebab itu bagi saya, telah berada di sini, kita akan terus beristiqamah, bergabung bersama dan bekerja lebih kuat supaya kita akan jadi pencabar utama kepada Barisan Nasional,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di sini malam tadi.
Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ada pihak meminta beliau membubarkan Bersatu dan kembali bersama UMNO.

Katanya, keberadaan PN dalam arena politik negara yang menawarkan perubahan ke arah lebih baik adalah bagi membolehkan rakyat jelata di negara ini mempunyai satu lagi pilihan untuk dipertimbangkan.
“Itu bagi saya penting, bukan soal peribadi saya atau soal apa kerana kita berpendapat, pembentukan Bersatu dan Gabungan PN suatu perkembangan politik sihat dalam sistem demokrasi berparlimen,” katanya.
— BERNAMA

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*