PETALING JAYA – Tanpa desas-desas mahupun khabar angin, dram4tis senior, Jasmin Hamid rupa-rupanya selamat mengakhiri zaman solonya apabila melangsungkan pernikahan hari ini.
Berita gembira tersebut dikongsikan Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid yang memuat naik sekeping gambarnya sedondon mengenakan baju pengantin berwarna putih bersama suami yang tidak didedahkan identitinya.
Kata pelakon berusia 46 tahun itu, meskipun pada asalnya menjalin hubungan cinta dengan orang lain, namun sebagai seorang hamba Tuhan yang beriman, wajib untuk dia mempercayai jodoh, m4ut dan rezeki adalah rahsia Allah apabila dipertemukan jodoh dengan suaminya itu.
“Salam Jumaat. Syukur Alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain. Nikah dengan orang lain. Sebagai hamba-Nya yang beriman, wajib percaya bahawa jodoh, maut dan rezeki adalah rahsia Allah,” tulisnya.
Jasmin Hamid nikah dengan PA, hanya minta sepersalinan alat solat
Pada majlis itu, Jasmin, 47, menerima mas kahwin RM80 dan sepersalinan alat solat iaitu telekung dan sejadah.
Jasmin berkata, perancangan untuk berkahwin itu dibuat sebulan lalu selepas Nazmir menyatakan hasrat untuk memperisterikannya.
“Apabila saya memuat naik gambar memang semua terkejut, kecuali keluarga. Pernikahan ini diputuskan sebulan lalu. Semua tahu saya memang jenis yang berahsia dalam soal peribadi apatah lagi membabitkan perkahwinan. Disebabkan itu, saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya hanya tanya Allah, kalau memang dia dikirimkan oleh Allah untuk saya, saya terima.
“Kami tak pernah bercinta. Selama lapan tahun dia menjaga saya sebagai pembantu peribadi saya. Dia tahu segalanya, baik buruk saya. Begitu juga saya. Malah sebelum ini pun masing-masing pernah berkawan dengan orang lain. Jadi, memang tidak pernah menjangka sama sekali untuk ke fasa ini.
“Sebab itu saya selalu cakap, belajar nak menjadi orang beriman bukan senang. Jadi kita kena percya jodoh, rezeki, aj4l, m4ut semua dripada Allah. Kiranya yang sebelum ini bercinta, bukan yang terbaik Allah nak berikan pada saya. Sebab bukan jodoh,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, Jasmin berkata bukan mudah untuknya membuka hati pada orang lain selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
“Saya sudah solo lebih 10 tahun. Bukan senang nak buka hati pada orang lain. Orang datang dan pergi dalam hidup saya. Bukan senang nak terima tanggungjawab ini. Saya sudah lama lepaskan tanggungkawab. Sekarang nak ‘refresh’ kembali. Cuma ringanya, dia tahu saya, saya tahu dia. Dia tulang belakang saya selama ini. Dia nampak susah senang saya.
“Dia pun sudah umur berapa. Kami cuma nak dapatkan reda dan pahala Allah. Nak elakkan fitnah. Takut jika amal ibadat tak sampai. Sebab itu perlu halalkan hubungan ini. Walaupun orang tahu dia PA saya.
“Kami beza 12 tahun. Kalau nak tahu, saya tak pernah ‘taste’ dengan orang muda. Saya bukan ikut ‘trend’ orang lain suka orang muda, saya nak suka juga. Tapi apabila dia ‘approach’, saya fikir boleh tak dia sara saya. Saya fikir balik, selama lapan tahun ini dia yang jaga saya,” katanya.
Biarpun tidak memperincikan maklumat lanjut tentang pernikahan serta butiran peribadi si suami, namun pelakon drama Cukup Der1ta Itu berharap perkahwinan yang dibina akan membuatkan mereka lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.
“Ini juga adalah berkat doa ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai yang menyokong dan sentiasa doakan yang baik-baik buat saya.
“Saya hanya buat yang afdal (akad nikah). Janganlah ada yang berkecil hati. Tiada majlis pun. Hanya ahli keluarga (yang hadir),” tuturnya.
Perkongsian Jasmin mendapat respons daripada kalangan rakan artis dan peminat yang menghujaninya dengan ucapan tahniah dan selamat pengantin baharu serta mendoakan dia bersama suami bahagia sehingga ke syurga.
Untuk rekod, Jasmin mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun bernama Ian Haziq yang merupakan hasil perkahwinan terdahulunya bersama bekas suami.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Leave a Reply