[VIDEO] “Nanti Nak Berapa Orang Anak?” -Ditanya Soal Anak, Ini Jawapan Haqiem Rusli

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan zuriat sendiri akan tetapi ianya bergantung kepada situasi dan juga rezeki.

Umum mengetahui, penyanyi popular Haqiem Rusli, 23 selamat disatukan dengan pasangannya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, petang semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh Ayzayyn, Haqiem memberi respon apabila ditanya mengenai anak.

Apabila ditanya mengenai berapa orang anak yang mereka inginkan selepas sudah mendirikan rumah tangga, pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli mengatakan bahawa dia dan isterinya tidak bersedia untuk ada cahaya mata lagi kerana usia isterinya baru sahaja 19 tahun.

Bila bincang pasal anak ni, kami tak ready lagi sebab Sofea sekarang umur baru 19 tahun dan saya pun baru 23 tahun

Video yang berdurasi 14 saat itu meraih lebih 1.4 juta tontonan dan mendapat lebih 125 ribu tanda suka di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan Haqiem. Malah ada juga di antara mereka mengatakan seeloknya merancang dahulu sebelum bersedia menjadi ibu bapa.

Sumber: Ayzayyn

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : obulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*