Ketika Majlls Resepsi, Haqiem Rusli Tiba Tiba Seb4k Dan Men4ngis Masa Tengah Menyanyi

CYBERJAYA: Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 24, sah bergelar suami kepada pilihan hati, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, pada majlis tertutup patuh prosedur o.perasi standard SOP di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, di sini, pada jam 3.40 petang tadi.

Segak mengenakan persalinan baju Melayu rona kelabu, Haqiem atau nama sebenar, Ridzuan Haqiem Rusli dan Wan Anis Sofea selamat diijabkabulkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan dengan disaksikan keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran bernilai RM 100,000 dan mas kahwin RM 300 serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pengantin perempuan.

Berkongsi perasaan sebaik bergelar suami, Haqiem meluahkan rasa syukur kerana Tuhan menghadirkan peneman hidupnya hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah, sayalah lelaki paling bahagia ketika ini kerana ada seseorang yang bukan sahaja menjadi peneman hidup, malah, berkongsi suka dan duka bersama.

Haqiem tertawan dengan sikap, budi pekerti dan ketrampilan Wan Anis Sofea yang dianggap calon isteri tepat.

“Dia Anis Sofea amat sempurna. Saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilannya berjaya menambat hati saya untuk memilikinya,” katanya.

Sementara itu, Wan Anis Sofea atau lebih mesra disapa Sofea mengakui penyanyi lagu Mimpi dan Tergantung Sepi itu memiliki kriteria yang tepat untuk dijadikan suami.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” katanya.

Malam ini, pasangan mempelai ini akan diraikan pada majlis resepsi bertemakan Raikan Cinta di Langit Asmara di skyGlass Cyberjaya, di sini.

Majlis resepsi berkonsepkan perkahwinan dalam taman yang dibuat secara tertutup itu bakal dihadiri 200 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat, rakan selebriti serta media.

Perkenalan pasangan sama cantik sama padan ini bermula sebagai rakan kongsi perniagaan dua tahun lalu apabila mereka membuka restoran steam bot sebelum pemenang trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Anugerah Bintang Popular BH ABPBH Ke 34 itu memutuskan untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya.

Mei lalu, pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 33 ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga menerusi siaran langsung di Instagram IG pada jam 2 pagi.

Pada malam kemuncak ABPBH 34 Sabtu lalu, Haqiem mengumumkan pernikahannya hari ini bagi mengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu hari.

Dengan dua kali lafaz, Haqiem sah bergelar suami kepada Wan Anis Sofea pada majlis tertutup patuh SOP di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada jam 3.40 petang tadi.

Tengah Menyanyi Haqiem Menangis

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : BH/HotFM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*