Suamiku si pemandu monorel! Wanita tak sangka ‘dijemput’ pulang kerja, selepas 2 tahun baru dapat ‘bertemu semula’ di stesen… kali ini lengkap pergi balik

ISTERI mana tidak gembira apabila dijemput suami ketika pulang dari tempat kerja.

Dalam hatinya pasti berbunga-bunga, dengan perjalanan pulang menggunakan monorel turut dinaiki sejumlah penumpang lain.

Di sebalik momen ‘sweet’ itu, rupa-rupanya suaminya merupakan pemandu monorel yang sedang mengendalikan pengangkutan awam itu.

Wanita berkenaan, Nurul Munira Kamaruzaman berkata, ia sebenarnya merupakan video lama yang dirakamkan pada akhir 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Isteri berusia 29 tahun itu memberitahu, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras, Kuala Lumpur dari tempat kerja di KL Sentral.

“Selain LRT, saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja menaiki monorel. Suami pula bertugas sebagai transit officer, antara lain tugasnya mengendalikan monorel.

“Tapi syif kerja suami tidak menentu, jadi memang susah kami untuk berada dalam monorel sama,” katanya kepada mStar.

suami pemandu monorel 4

Suami Nurul ketika bertugas di stesen monorel. Foto facebook Kelab Monorail Line

Dia yang lebih mesra disapa Nurul bagaimanapun tetap setia berada di pintu paling depan di platform setiap kali menunggu tren, sama ada di stesen Hang Tuah atau KL Sentral.

“Biasanya saya akan tunggu tren dekat bahagian depan. Kalau tren masuk ke stesen, saya boleh nampak pemandu dengan jelas dari jauh sebelum tren berhenti.

“Satu hari seperti biasa, saya tunggu tren nak balik ke rumah selepas kerja. Tiba-tiba nampak suami di tempat pemandu, memang saya terkejut dan cakap ‘Eh! Ni suami aku’,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Dari tempat pemandu, suami sempat toleh belakang senyum dan lambai tangan kat saya… so sweet

NURUL MUNIRA KAMARUZAMAN

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu, perasaan teruja tidak dapat disembunyikan dan melambai-lambai suaminya sebelum memasuki tren.

“Saya duduk di gerabak hadapan bersama pemandu. Cuma kami tak ada berbual dalam monorel sebab suami sedang bertugas, memberi tumpuan kepada pemanduan.

“Sudah tentu saya excited. Selalu orang lain (pemandu) je yang ada bawa. Sekali suami sendiri yang ‘jemput’ kita walaupun tak balik sekali sebab dia masih bekerja.

“Masa monorel berhenti di Stesen Hang Tuah untuk saya tukar naik LRT. Dari tempat pemandu, suami sempat toleh belakang senyum dan lambai tangan kat saya… so sweet,” katanya sambil menambah dia dan suami mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu.

suami pemandu monorel 2

Nurul (kanan) dan suami mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Nurul yang merupakan penyelia di sebuah rangkaian restoran tidak menyangka hasratnya untuk ‘dijemput’ suami ketika bertugas mengendalikan monorel menjadi kenyataan.

“Sebelum ni dari 2014 suami berkhidmat sebagai station officer. Bila masuk 2019, dia jadi transit officer… saya cakap tak pernah rasa dia bawa lagi.

“Alhamdulillah, akhir tahun yang sama baru dapat satu monorel dengan suami. Selepas tu hampir dua tahun juga baru dapat satu tren dengan suami, pada Mei lalu.

“Kali ini ketika saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Okaylah dah complete, ada suami ‘jemput’ pergi dan balik dari tempat kerja,” ujarnya secara berseloroh.

Dalam pada itu, Nurul berasa lucu dengan komen-komen netizen menerusi perkongsian di TikTok yang menjadi tular.

Komen Netizen:

“Ada yang komen baiknya suami puan, boleh tumpangkan perempuan lain. Saya rasa kelakar dan tak cemburu pun sebab memang tugas suami bawa monorel dengan ramai penumpang… bukan saya seorang je,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*