Kek0k Bah4sakan Diri ‘Ibu’, Rupanya Adik Ipar Sarah Jadi Ibu Susuan Baby Ayash

Pejam celik rupanya sudah pun berlalu 100 hari sejak pemergi4n penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham4h Siti Sarah Raisuddin. Manakala anak bongsunya, Ayash Affan pula kini dah memasuki usia 3 bulan. Sewaktu majlis bercukur si kecil itu diadakan tempoh hari, jelas kelihatan kasih sayang yang dicurahkan kepadanya oleh ahli keluarga lain.

Beberapa nama rakan artis disebut jadi ibu susuan…Tapi Shuib lebih selesa kalau keluarga sendiri

Sebelum ini, beberapa nama rakan artis sempat disebut orang ramai untuk dijadikan ibu susuan kepada Ayash. Walau bagaimanapun, Shuib menjelaskan adalah lebih lebih selesa jika individu tersebut tergolong daripada kalangan keluarga sendiri selepas mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari segi agama.

Bila sembang berdua dengan Ayash, aunty suka bahasakan diri ‘ibu’…Ayash pun anak aunty

Teka-teki siapakah gerangan ibu susuan kepada si kecil berkenaan akhirnya terjawab menerusi satu perkongsian video TikTok. Nur Hidayah Abdullah yang juga merupakan ipar kepada Allahyarham4h mengakui telah susukan Ayash. Tidak dilahirkan dari rahimnya, wanita itu mengakui lebih suka membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’ meskipun cukup kekok di hadapan keluarga besar.

@n.hidayahabdullah
Ma third child ? #ayashaffan #sitisarah

♬ Saat Hilang Cintamu – Sarah

Ramai sayang Ayash, muka pun dah ada iras-iras ibu…Bila tengok dia teringat dekat Allahyarh4mah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sayu mengenang nasib si kecil berkenaan. Malah ramai yang mengakui bertambah rindu kepada Allahyarham4h tatkala memandang wajah Ayash Affan.

Sumber:TikTok n.hidayahabdullah & Portal Harian Metro

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.dnq.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*