Sering Diuji Dengan Perkara Mist1k,Penampilan Terkini Ustaz Kazim Elias Menjadi Tanya Tanya

Sebelum ini pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias ada mendedahkan beberapa perbuatan mistik yang ditujukan kepadanya sehingga menganggu kerja-kerja dakwah yang dijalankan.

Ini termasuklah, kaki dan perut membengkak, keluar jarum berkarat dan yang lebih teruk ada pihak yang sanggup menyimbah cuka getah kepadanya.

Terbaharu, Ustaz Kazim memkalumkan kini mukanya pula diserang rasa pedih yang melampau sehingga terpaksa tampil mengenakan bedak sejuk ketika sesi temu bual bersama Dai’ Ahmed Ibrahim menerusi akaun Facebooknya.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan ni dah berhari-hari dah… Tapi, yang peliknya kalau alahan seluruh badan, tapi ni kat muka je dan tak berlaku ditempat lain.

“Dan, kalau alahan berlaku di muka selalunya seseorang itu akan alami kesukaran bernafas tapi saya boleh bernafas, boleh bercakap. Cuma rasa pedih sahaja sebab dia luka lepuh-lepuh,” katanya.

Menurutnya, bedak sejuk dan bedak geliga yang digunakan adalah untuk mengelakkan mukanya dari terkena air dan berasa panas kerana boleh menyebabkan kepedihan melampau dan luka.

“Sekarang luka lepuh ni kalau tarik dia luka pula. Bibir saya pula dulu merah sekarang dah bertukar jadi hitam dan pecah-pecah. Dah jumpa doktor pun tapi doktor pun pelik sebab darah saya normal.

“Adalah tak bagi keluar televisyen atau media sosial ke… biarlah, InsyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh,” jelasnya.

Malah, sesi temubual yang dikongsikan oleh Dai’ Ahmed menerusi akaun TikTok miliknya kini meraih lebih 277,000 tontonan dan rata-rata peminat Ustaz Kazim mendoakan agar dugaan dan ujian yang dihadapi oleh pendakwah terkenal ini segera mendapat kesembuhan.

“kita jumpa abu, dalam abu tu ada gambar saya yg di b4kar”

Allahu akbar…ustaz kazim..semoga kurniakan la kesembuhan dan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusannya..ya allah ya rahman ya rahim ya robbal’alamiin aamiin.

Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias ialah seorang penceramah bebas dan personaliti media Malaysia. Ceramah beliau banyak dimuat naik ke YouTube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Datuk Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat.

Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak.

Datuk Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei.

Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.

Apapun, semoga Ustaz Kazim Elias diberikan kesembuhan dan digantikan rasa sakit dengan kebahagian dan pahala yang berganda-ganda. Insya-Allah.

Kredit : FB/UstazKazim/OM

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*