Plan Nak Nikah Tahun Depan Terpaksa ‘Cancel’, Lelaki Seb4k Bakal Bapa Mentua Pandang Harta & Pekerjaan – ‘Takut Anak Hidup Susah’

Di TikTok, seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila hajatnya untuk berkahwin dengan wanita pilihan tidak kesampaian. Lebih memilukan, ibu bapa wanita tersebut dipercayai memandang kerjaya daripada keikhlasan hati budinya.

Menurut Syahril Amirul, dia dan kekasih hatinya sudah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Namun, siapa sangka hasrat tersebut terpaksa dilupakan. Ini kerana, orang tua kekasihnya itu tidak bersetuju dan tidak merestui hubungan mereka.

Orang tua dia tanya saya kerja apa. Saya bagitahu kerja kampung saja. Jual buah kelapa dengan buat arang sahaja. Boleh saya nak nikah dengan anak pak cik? Kalau boleh kita buat majlis masa Tahun Baru Cina nanti.

Ujar Syahril, bapa kepada kekasihnya itu memohon maaf dan menyatakan rasa risau seandainya masa depan anaknya itu tidak akan terjamin.

Video:

@shahrilamirul0#fyp #fypシ #fypage #isekeli #tiktokviral #tiktokkelantan ??♬ suara asli – ns78_officiall – ns78_officiall

Bukan pak cik tak nak bagi tetapi pak cik rungsing dan takut anak pak cik hidup susah.

Tambah Syahril, dia tidak mampu menahan air mata dan berasa sangat sebak pada masa itu. Dia juga tidak sangka kerana harta dan pekerjaan mampu menjadi penghalang untuk dia dan kekasih hati bersama. Sebagai manusia biasa, Syahril redha dengan apa yang berlaku dan berserah kepada Allah sepenuhnya.

Komen Netizen:

Sumber: Syahril Amirul

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*