Kenali Bakal Isteri Haqiem Rusli, Gadis Manis 19 Tahun & Berasal Dari Kelantan

Umum mengetahui penyanyi berbakat, Haqiem Rusli bakal berkahwin dengan gadis pilihan hatinya Jumaat ini selepas mengumumkan berita gembira itu di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 pada Sabtu lalu.

Lebih selesa tidak berkongsi mengenai hal peribadi, orang ramai terutama peminat penyanyi berusia 23 tahun itu pasti tertanya-tanya mengenai gerangan gadis bertuah tersebut. Jom kita ‘usha’ serba sedikit trivia bakal isterinya.

Memetik laporan mStar Online, gadis itu bernama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri atau mesra dikenali sebagai Anis Sofea yang berusia 19 tahun dan berasal dari Kelantan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@sofeaaaaz)

Memiliki 52,000 pengikut di laman Instagram, Anis merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran Santhai Village bersama penyanyi lagu Tergantvng Sepi itu.

Difahamkan, mereka mengenali antara satu sama lain sejak hampir dua tahun lalu dan mula tampil berhijab baru-baru ini sekali gus bertindak memadam foto dan videonya yang lama.

Malah sebelum ini, Anis pernah tular di laman Twitter apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Hanis Zalikha

Sempena menyambut hari bahagia nanti, Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli menghadiahkan sebuah lagu istimewa untuk bakal isterinya yang berjudul Hitam Saksi Putih.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*