Terpaksa Pat4h Balik Selepas Tert1ngg4l Mak Di R&R, Reaksi Keluarga Ini Bikin Netizen Terhibur

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @roymuhd_ telah berkongsi sebuah video memaparkan situasi ibunya tertinggal di Kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) hentian sebelah Tangkak. Menerusi video tersebut, Roy besama ayah dan adiknya yang telah meneruskan perjalanan perlu berpatah balik ke R&R tersebut.

@roymuhd_

Nasib Baik Baru Gerak,Borak2 Tgok Belakang Mak Aku Takde, Tertinggal Kt RNR..Ingatkan Tido,kluar tak bagitau?? ##alkisah ##maktertinggalktRNR ##fypシ

♬ bunyi asal – ᏒᎧᎩ MUHD ®️

Menurut Roy, mereka sekeluarga tidak perasan maknya keluar dari kereta dan menyangka makya itu sedang tidur. Nasib baik sedar ketika perjalanan masih belum jauh, maka mereka pun kembali ke R&R itu segera.

Setibanya di sana, maknya sedang tunggu di Gazebo dan maknya mengatakan berdebar kerana ditinggalkan di R&R tersebut. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur. Malah, para netizen turut bersyukur makya masih mampu tersenyum walaupun ‘ditinggal’ dan selamat.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen turut berkongsi pernah berdepan situasi ‘ditinggal’ di R&R. Malah, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa jika berhenti di R&R perlulah memastikan setiap ahli keluarga sudah masuk ke dalam kereta agar kejadian seperti ini tidak berlaku.

Ketika artikel ini ditvlis, video ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan mendapat 23 ribu tanda suka.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Thevocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*